Saturday, March 28, 2015

sebelum bercakap, fikir dulu. kalau rasa benda tu okay, baru cakap. kalau tak, just shut up.

manusia selalu bercakap sebelum berfikir. islam tu dah indah sangat ajar kita bercakap hal hal yang bermanfaat, kalau tak, sebaiknya diam sahaja.

kenapa suka tanya hal hal yang kita tahu ianya sensitif kepada orang yang ditanyakan?
tak boleh ke kalau kita diamkan sahaja?

mungkin sensitiviti dalam hati setiap kita lain lain barangkali. ada yang lembut penuh perasaan dan ada yang keras takde perasaan langsung. tapi sekurangnya kita cuba untuk memahami sesama kita kan.

dulu dulu kalau orang tanya aku bila nak kahwin, lepas orang tu pergi mesti aku rasa sesuatu yang sakit sangat dalam sini. kalau kahwin semudahnya bagi setiap orang. tapi jalan kita Allah dah buat lain lain. ada yang dimudahkan, ada yang Dia nak uji sikit. 

sebab aku pernah rasa sakitnya perasaan bila ditanya seperti itu, aku sedayanya akan cuba tak tanya soalan macam tu kepada orang lain. aku tahu sakit tu macammana.

people, grow up please.


petang, duapuluhsembilan mac.

Tuesday, March 10, 2015

ini adalah tulisan random yang tiba tiba je aku rasa nak taip.

dah lama tak membebel. sebab tak sempat. masa macam pedang betul betul minggu ni. asyik nak memenggal aku. kadang aku pun rasa lemas. mujur tak mati sebab asyik kena penggal. 

pagi tadi aku dapat emel dari bos sini. siapa yang tak datang monday assembly yang lepas kena bagi sebab kenapa.

aku macam, "okay, ini macam budak sekolah pulak siap kena tulis sebab."

lols. sebab aku tak pergi hari tu, aku ada meeting dan ada banyak benda lagi belum setel. tak terkejar. rasa nak belah badan jadi banyak. satu pergi situ satu pergi sini. rasa nak jadi naruto pun ada. boleh duplicate diri sendiri jadi banyak. 

-------

'ala kulli hal, alhamdulillah syukur. Allah membantu di setiapnya sampai aku rasa macam nak nangis situ gak. Allahu.

ini kot sejak setahun lamanya rasa sangat sibuk. datang awal matahari tak keluar lagi. balik matahari dah hilang. yang syukurnya dekat sini aku takda nak pening sebab perlu harungi jalan jam ke apa. sepuluh minit dari rumah drive dalam 80km/j boleh rilek rilek je sampai ofis.

dah kahwin nanti, please kita stay dekat kerteh je? (harapan untuk masa depan.haha)

-------

semalam 10/3/2015, genap setahun aku di profesi ni. aku rasa aku banyak belajar benda baru. banyak nak kena adapt lagi lagi dengan environment yang berbeza sangat dengan kerja bersama ikhwah akhawat semua.

tak nak tulis banyak, cukup syukur untuk semuanya.


tengahari, sebelas mac.

Sunday, March 8, 2015

sebenarnya, kita cuma perlu melalui hal hal yang menyulitkan dengan perasaan yang penuh berserah kepadaNya. cukup itu.

kadang kita lambat nak nampak apa yang Allah dah aturkan untuk kita sebab kita suka fikir hal hal yang menyulitkan. membuat kita jadi tak keruan. berkeluh kesah berfikir di luar alam.

padahal, semuanya dah Dia aturkan dengan sebaik baik hal. cuma tunggu kita untuk ambil ibrah dengan cara yang paling indah dan menakjubkan.

aku hampir menitiskan airmata melihat kembali kisah aku semalam dan hari ini. iya, berulang kali aku memberitahu diri sendiri agar kuat melakukan segala hal sendirian. tapi ada waktu yang lama kita tahan di hati, jadi sebal dan berubah menjadi sebak. ada beberapa tetes airmata yang jatuh tanpa diduga.

banyak hal di sini mengajarkan aku untuk menjadi perempuan yang lebih kuat.


meeting, training. tengahari, sembilan mac.

Sunday, March 1, 2015

bagaimana caranya aku diajar Tuhan untuk mengerti beberapa hal di dalam hidup ini.

aku terhenti lama di satu blog dan aku bacakan post post yang tertulis sampailah di post yang bertajuk abah, 23 feb 2012.

aku baca semua post dari yang latest ke older posts sambil makan kerepek ubi sambal di meja diam diam sebab semua orang dah pergi keluar lunch.

tapi sampai part abah, aku terhenti. simpan kerepek dan aku tuliskan ini.

aku jadi sebak. baru aku tahu kenapa adik aku yang bongsu sungguh sungguh tak nak keluar belajar jauh jauh. sejak masuk alam spm dia selalu cakap macam tu. akhirnya, Allah tunaikan hasrat dia even aku kakak dia tak berapa nak setuju.

rupanya, inilah dia. bila semua orang dah pergi sana sini dan cuma tinggal emak ayah aku, ada dia yang jadi peneman.

sejak aku bertukar kerja ke negeri sendiri dan selalu pulang ke rumah di hujung minggu, baru aku tahu rasanya seperti apa.

sama macam yang ustazah cerita minggu minggu yang lepas.

"kadang kita payah nak nampak apa hikmahnya Allah jadikan kita begitu dan begini. 

contoh, dalam satu keluarga semua adik beradiknya jadi orang berjaya cuma tinggal dia yang lembab dan tak belajar tinggi. emaknya menyesal sebab dia merasakan yang seorang itu ibarat telah merosakkan status kejayaannya mendidik anak anak. dia mahu semua anaknya berjaya belajar tinggi tinggi kerja bagus bagus. tapi yang seorang itu, cuma mampu bekerja di kampung.

tapi bila emaknya sudah berumur semua anaknya sudah pergi jauh jauh, tinggal yang seorang itu menjaga makan minumnya. selalu berkunjung ke rumah menemannya. sebab cuma yang itu bila dah berkeluarga sendiri tinggal berhampiran dengannya.

waktu itu, baru emaknya sedar kembali. rupanya, yang selalu dia kesalkan itulah yang ada untuknya bila dia memerlukan.

bukan lagi duit yang banyak di dalam bank setiap bulan yang anak anaknya masukkan yang dia harapkan di waktu itu tapi dia mahu bila dia memerlukan anak anaknya, mereka ada.

airmatanya, jatuh."

kisah ni aku ingat sebab ianya sangat mendalam dan terima kaseh kepada si penulis blog yang membuat aku jadi sentap sendirian.


tengahari, dua mac. post ketiga untuk hari ini dan aku rasa cukuplah setakat ini.

pasal baju (je).

saja nak gak tulis sini. hari ni aku pakai jubah baru beli hujung minggu hari tu dekat mydin (je) dan sebenarnya aku lupa bila kali terakhir aku beli baju untuk diri sendiri.

begitu.

aku banyak pakai baju ulang kali sebab yang itu je aku selesa nak pakai atau mungkin entah baju aku yang ada tak banyak. tapi itulah, orang perempuan kalau cakap baju tak banyak ni menipu sebab cuba cek almari baju dia, melambak.

sebab aku jenis payah nak berkenan dengan baju selain baju kurung, jadinya memang aku akan jarang belikan baju baru. atau kalaupun aku berkenan, tidak punya saiz. gemok. lol

mudah maintenance, untung bakal suami. *gelak*


tengahari, dua mac.

kadang kita akan jumpa sesuatu yang mengundang airmata cuma dengan membaca.

aku suka klik blog di blog orang lain. secara rambang. kalau aku berkenan, aku akan baca post post di blog berkenaan.

dan pagi ini entah kenapa, tiba tiba mata aku bergenang diam di satu blog. penulisannya tidak terlalu istimewa tapi ianya terasa ke hati aku. terasa ibarat mencucuk cucuk tajam.


"Sebelum ni, kalau mak abah nak makan tapi masa tu aku tengah kenyang, aku cuma sediakan makanan dan pegi tengok tivi semula. Tapi bila aku nak makan, kenyang mana pun mak, mak tetap datang temankan aku makan. Celaka bergenang pula air mata ni.

Aku pun tak tau apa benda aku nak sampaikan sebenarnya dalam entri ni. Tapi satu perkara yang sekarang tengah meliar dalam kepala otak aku, selagi kita ada peluang untuk duduk, berborak, bercerita, bergelak ketawa dengan orang yang kita sayang, hargai la masa tu sebaik- baiknya. Tak rugi pun. Sikit pun tak rugi." 


lepas aku baca, aku jadi teringat ke mak. kadang kita ambil mudah hal hal kecil macam ni tapi sebenarnya membawa erti yang besar. semisalnya, membiar mak makan sendirian di dapur. padahal kita ada untuk temankan mak.

aku cuba dan mahu untuk jadi terbaik untuk mak sementara masih punya waktu beberapa bulan yang tinggal tapi kadang aku juga tersasar jauh. walau sudah mencuba sedayanya. untuk hal hal seperti ini, kadang aku merasa derhaka. 

Allahu. T___T

izinkan kami ya Tuhan, untuk terus berjasa kepada kedua orang tua kami.


tengahari, dua mac.

menuju.

menuju enampuluhsatu 
dan aku tak pasti aku sedang rasa apa.

dan sebenarnya, apa yang perlu aku rasa?

rabbi yassir
wala tu'assir
rabbi tammim
bi khair.


sore, satu mac.