Sunday, June 21, 2015

hari lima Ramadhon.

Perasaan geram membuak buak di dada, dipeluk kejap, mulut diketap kuat kuat agar tidak ada patah kata buruk yang keluar. Mengingat orang yang menang adalah orang yang menahan sabarnya, terlebih di bulan Ramadhon yang penuh mulia, ditahan tahan juga. Mulut manusia, memang payah mahu dijaga. Ilmu membukit tinggi, menghafal seluruh AlQuran pun bukan tiket untuk kita memandang rendah hina terhadap orang lain.

Kadang ada rasa syukur waktu Allah memudahkan segala hal pertukaran aku ke Kolumpo awal julai nanti. Seberapa lama pun aku di Kerteh sini, tetap merasakan tempat aku bukan di sini. Ada banyak hal yang perlu didiamkan sendiri, di rumah di pejabat.

Aku sangat memerlukan kepada tarbiyyah dzatiyyah sepanjang keberadaan aku di sini. Aku tidak mahu mengulas panjang tapi cukuplah aku katakan, yang bergelar akhawat itu tak sekadar ke program program Jemaah, menjadi ajk dalam biro bironya, ataupun selalu menyahut aktiviti kesukarelaan, tapi yang paling penting yang perlu dijaga adalah hubungan kita dengan Allah.

Tidak mahu membuka keaiban sesiapa atau mahu merasa diri terlalu suci baik hati, tidak. Ini lah yang membuat aku jadi rindu dengan suasana bersama akhawat di Gombak, dulu dulu. Aku selalu kalah dengan mereka dalam beramal. Mereka betul betul memaknai jiwa yang fastabiqul khairat. Kadang, aku yang malu sendiri merendah diri. Jauh sekali perbezaan dengan mereka.

Hubungan dengan Allah, itulah tunjangnya. Jika itu baik, pasti yang lain lain pun mengikuti.


pagi. duapuluhdua juni.