bismillah.
melihat insan insan yang indah jiwanya, akan membuat kau serasa sedikit runtun. semisalnya,
selepas keluar dari tandas, makcik cleaner sedang makan nasi goreng di tepi koridor.
masuk ke surau, makcik cleaner sedang bertiduran beralas telekung masing masing.
ustazah dari luar susah susah datang, memberi taujihat kepada pekerja di sini.
emak, tekun di dapur tika anaknya sedang sibuk menyiapkan diri ke kerja.
ayah, cepat cepat membawa kereta ke mekanik waktu anaknya ngadu bumper depan ada skru dah hilang.
kawan kawan, yang selalu ada waktu diperlu.
pakcik, berhujanan gigih menunggang motorsikal demi sesuap nasi.
pak ustaz, tak jemu setiap pagi ketuk mikrofon membacakan kami doa doa minta dimudahkan segala urusan kami dunia akhirat.
waktu Tuhan mahu tunjukkan kita sesuatu, Dia akan halakan jalan paling berhikmah untuk kita mengambil iktibar dari setiap satunya. cuma kita, memandangnya secara bersahaja atau memandangnya dengan sekelumit hati.
petang, duapuluhempat disember.
No comments:
Post a Comment