berkali kali tiya tanyakan aku dah nonton belum the teacher's diary. tiya bagi link untuk download tapi aku tak dapat nak download. at last tiya bagi link youtube. itu pun aku payah juga nak buka tonton.
tapi akhirnya untuk tidak menghampakan tiya (kalau dia tanya soalan dah nonton ke belum), aku buka dan tontonnya dengan tenang. tapi sayangnya, dia tersekat padahal cerita tu dah nak sampai penghujung.
aku sambung pula kemudiannya pulak. tak dapat nak dinafikan cerita tu menyentuh hati juga.
yang pertamanya tentang gigihnya seorang guru demi mendidik anak anak muridnya, walau sekolah di tengah sungai, terapung apung dan murid cuma enam tujuh orang. yang keduanya, bagaimana dua jiwa yang berlainan terhubung melalui satu diari. cuma melalui tulisan!
selepas berhubung sekejap dengan tiya, aku bagaikan mendapat ilham. lagi lagi bila tiya kasi aku gambar diarinya. aku bangkit dan tuju satu kotak buku yang ada di bilik sebelah. aku ambil satu buku yang telah dihadiahkan oleh orang-orang-yang-kita-suka, kulitnya kertas coklat. aku bau, kertasnya kuning. harum.
aku mula menulis di dalamnya. segala hal. lagi lagi untuk masa beberapa bulan awal tahun ini, aku sangat memerlukannya untuk mencatat apa apa yang penting dan perlu. harap istiqomah.
(pagi, sepuluh februari.)
No comments:
Post a Comment