bismillah.
selepas aku membahan sebungkus nasi kerabu yang sedap sangat (alhamdulillah), aku baru teringat semalam dapat emel dari kakak admin yang pagi ini ada sarapan free. laksa laksam bubur kottt.
tadi keluar rumah terus tuju beli sarapan. mungkin sebab tahan lapar dari sebelum tidur malam semalam lagi. lol.
----
pernah tak rasa sakit kepala sebab tahan amarah supaya tak keluar di mulut dan cuma simpan diam diam di dalam, sini.
benarlah benarlah, antara tarbiyyah paling berjaya adalah memandu di jalanan. kau akan belajar untuk sabar yang sangat ketika memandu.
yang kereta punya mahal besar gedabak nampak class gitu tapi langsung tak reti nak guna signal yang ada. yang duduk line sebelah kanan tapi memandu macam ambil angin di tepi pantai. yang masuk simpang tiba tiba. yang suka mencucuk cucuk belakang tak tahu dari mana datangnya.yang jenis tak sabar nak tunggu kita setelkan parking. macam macam sebenarnya boleh jumpa.
memang ajar kita sabar, sabar.
----
tadi keluar kereta tuju nak masuk office sambil pegang kepala.
pagi, tiga februari.
No comments:
Post a Comment