Saturday, February 14, 2015

teruntuk diri sendiri.

seperti selalu, hari ahad memang aku akan memandang skrin laptop tanpa ada sebarang perasaan.

berhujung minggu di kuantan, pahang dua hari berturut buat aku jadi sedikit culas mahu bangkit pagi ini. solat bersiap dan berkejar pula di atas jalan raya selama sejam setengah permanduan. kaki kanan aku sedikit lenguh. mungkin kesan dua hari menekan minyak dan brek tak henti. rasa agak penat.

padahal itu cuma baru sedikit kan. selepas ini, entah cabaran apa yang bakal aku hadapi. kalaulah yang ini aku tak mampu pun nak lalui, bagaimana agaknya untuk yang mendatang?

soalan ditanya, sendiri. harus menelannya, sedikit pahit. paksa.

------

aku makin bertambah chenta dengan pengisian ostajah di kuliah zohor setiap selasa hingga khamis. walaupun kadang aku sekejap mendengar dan selebihnya aku tersengguk sengguk, tapi masih mahu berada di situ. mahu merasa enaknya berada di bawah naungan para malaikat yang sayapnya entah selebar mana. tak terhitung.

ostajah selalu menekankan hal hal yang berkaitan dengan hidup seharian dan kesemuanya harus bersandarkan kepada Allah. setiap yang kita buat, kesemuanya tersebab kepada Allah. kesemuanya berkisar kepada Allah. 

kepada Allah.

------

mula membaca reclaim your heart, tulisan yasmin mogahed juga begitu. hal apa apa pun, letakkan Allah yang paling utama.

utama.


pagi, limabelas februari.

No comments:

Post a Comment