bismillah.
aku teringin nak kad kahwin aku nanti nanti dibuat dari kulit buku yang warna coklat tu. nampak klasik.
kemudian, aku sedar yang bahwa hidup ini bukan cuma perlu buat apa yang kita suka dan mahu tapi ada hal hal lain yang patut kita tapiskan agar ianya nampak seimbang.
untuk kad kahwin yang nampak klasik cantik dan berkenan di hati, itu cuma sebentar. tambahan, memerlukan bajet yang tinggi sedikit berbanding dengan kad yang biasa biasa (sahaja) dan tahukah kad kahwin itu biasanya orang akan buang selepas tarikhnya?
jadi, tidak ada sebab kukuh kan mahu membazir kepada hal hal yang kita mahu tapi tidak perlu?
kad kahwin cuma mahu diedar untuk memberitahu yang bahawasanya kita akan berkahwin dengan sekian sekian tarikh alamat pelan rumah. info info penting yang berkait.
jadi, cukuplah bersederhana cuma. Allah suka yang sederhana sederhana dan aku teringin (sangat) nak buat majelis yang cukup, tapi bersederhana dalam semua hal.
ya Allah, izinkanlah.
pagi, empat februari.
Bagaimana dengan kad kawin kakak?
ReplyDeletedapat seperti yang diinginkan? :)
Anon,
ReplyDeletealhamdulillah dapat. :)