aku terhenti lama di satu blog dan aku bacakan post post yang tertulis sampailah di post yang bertajuk abah, 23 feb 2012.
aku baca semua post dari yang latest ke older posts sambil makan kerepek ubi sambal di meja diam diam sebab semua orang dah pergi keluar lunch.
tapi sampai part abah, aku terhenti. simpan kerepek dan aku tuliskan ini.
aku jadi sebak. baru aku tahu kenapa adik aku yang bongsu sungguh sungguh tak nak keluar belajar jauh jauh. sejak masuk alam spm dia selalu cakap macam tu. akhirnya, Allah tunaikan hasrat dia even aku kakak dia tak berapa nak setuju.
rupanya, inilah dia. bila semua orang dah pergi sana sini dan cuma tinggal emak ayah aku, ada dia yang jadi peneman.
sejak aku bertukar kerja ke negeri sendiri dan selalu pulang ke rumah di hujung minggu, baru aku tahu rasanya seperti apa.
sama macam yang ustazah cerita minggu minggu yang lepas.
"kadang kita payah nak nampak apa hikmahnya Allah jadikan kita begitu dan begini.
contoh, dalam satu keluarga semua adik beradiknya jadi orang berjaya cuma tinggal dia yang lembab dan tak belajar tinggi. emaknya menyesal sebab dia merasakan yang seorang itu ibarat telah merosakkan status kejayaannya mendidik anak anak. dia mahu semua anaknya berjaya belajar tinggi tinggi kerja bagus bagus. tapi yang seorang itu, cuma mampu bekerja di kampung.
tapi bila emaknya sudah berumur semua anaknya sudah pergi jauh jauh, tinggal yang seorang itu menjaga makan minumnya. selalu berkunjung ke rumah menemannya. sebab cuma yang itu bila dah berkeluarga sendiri tinggal berhampiran dengannya.
waktu itu, baru emaknya sedar kembali. rupanya, yang selalu dia kesalkan itulah yang ada untuknya bila dia memerlukan.
bukan lagi duit yang banyak di dalam bank setiap bulan yang anak anaknya masukkan yang dia harapkan di waktu itu tapi dia mahu bila dia memerlukan anak anaknya, mereka ada.
airmatanya, jatuh."
kisah ni aku ingat sebab ianya sangat mendalam dan terima kaseh kepada si penulis blog yang membuat aku jadi sentap sendirian.
tengahari, dua mac. post ketiga untuk hari ini dan aku rasa cukuplah setakat ini.
kak, cerita ni sy share yaa..time kasih :)
ReplyDeleteNurul Umairah,
ReplyDeletesilakan yang mana mana dirasa bermanfaat untuk dikongsikan. :)
Indeed akak! Setuju 200%.
ReplyDelete