Wednesday, August 12, 2015

perjalanan yang memenatkan dan masharakat yang tenat.

aku tidak tahu mahu mulakan yang mana dahulu. berselirat, tidak jumpa yang mana pangkal yang mana hujungnya. yang aku tahu, ianya terlalu penuh. terasa padat. tapi sayangnya, ia tidak mahu keluar diterjemah dengan apa apa hal sekalipun.

i;
sebulan lebih sudah keberadaan aku di sini. berpergian saat matahari segan segan mahu menyinar dan berpulangan saat matahari perlahan lahan mahu tenggelam. awal awalnya aku sedikit kepenatan dengan perjalanan yang hampir sejam lebih waktu jalan tersangkut sangkut. kepenatan berjalan dari stesen lrt ke pejabat. mungkin sebab kepenatan kepenatan inilah membuat aku rasa begitu tekad untuk mengajak Amer berjogging di hujung minggu. badan aku tak fit, cepat mengah. sebab dah lama sangat tak exercise. 

pertama kali pergi ke Taman Layang Layang Kepong, aku lebih banyak berjalan dari berlari. kali kedua, kami berlari sekejap dan tiba tiba kaki Amer sakit tapi dia usaha juga berjalan sampai habis satu pusingan. kali ketiga ke FRIM, luas sangat tempat dia. tak sempat nak round semua tapi rasa macam dah boleh berlari lama sikit. aku pernah baca, awal awal jangan paksa diri. buat step by step. permulaan mungkin lari dalam 10 minit kemudian hari lain tambah lagi dan tambah lagi.

part makan aku rasa macam susah sikit nak kawal. aku bukan nak kuruskan badan tapi cuma nak jadi fit. tapi kalau dah nak fit tu haruslah berat pun kene fit kan. aku dah penat untuk penat. moga istiqomah.

ii;
aku melihat keparahan masharakat kita dengan gajet masing masing. hampir sejam setiap hari aku dalam lrt, aku rasa nak menangis bila memerhati orang orang sekeliling. dua kali aku perhati, yang tengah mengandung tidak dipedulikan mereka yang duduk sebab semuanya tidak mengangkat muka memandang kanan atau kiri. semua sibuk memandang skrin hp tablet di tangan. tidak ada yang bangkit memberi ruang untuk yang sedang mengandung itu mengambil alih tempat duduknya. berdirilah mereka hingga sampai ke destinasinya.

masharakat kita sudah terlalu tenat.


sore, duabelas augustus.

No comments:

Post a Comment