Sunday, December 21, 2014

butang 'share' yang membingungkan.

bismillah.

ini keenam aku menconteng di sini, rasanya lebih tenang. tanpa ada follower tanpa ada viewers yang tinggi, tidak seperti sebelumnya. aku jadi takut takut mahu melontar apa yang aku mahu, rasa macam ada banyak mata yang memandang. aku jadi lebih memikirkan apa yang difikir orang dengan apa yang telah dibacanya dari memikirkan hal aku sendiri.

sejujurnya, aku mahu menjadi aku di sini. tapi masih dalam berhati hati. runtun juga hati waktu membaca perbincangan di group whatsapp tentang hal yang berlaku baru baru ini. perihal satu artikel yang sepatutnya hanya untuk bacaan tertutup tapi tersalah sebar hingga menjadi viral secepatnya.

membayangkan aku berada ditempat si penulis (sebab aku mengenalnya dan pernah duduk satu kumpulan dengannya di satu program dulu dulu), mungkin merasa kesal dengan apa yang telah terjadi tersebab ia melibatkan pihak yang lain. itu tulisan asal dan sepatutnya dia mahu mengeditnya sebelum disebar sebarkan. 

sama kesalnya dengan salah seorang ustaz yang aku sangat mencintai tulisannya hingga dia beberapa kali menulis perihal tersebut di blognya. kejadian tulisannya di print screen dan disebarluaskan padahal ia cuma ditulis di satu komen tertutup. kesalnya hingga menutup terus beberapa akaun laman mayanya yang punya ramai pengikut dan ia adalah satu kerugian buat aku yang selalu mengikuti tulisannya.

begitulah besarnya kesan dalam kita leka menekan butang share sebelum kita berfikir lebih dalam atau paling kurang, meminta izin dari penulis asalnya terlebih dahulu.

kita ada adab untuk berkongsi maklumat, agar ia sampai tak bertukar menjadi darurat.


petang, duapuluhdua disember.

No comments:

Post a Comment