Wednesday, December 10, 2014

dimulakan dengan sesuatu yang baharu, harapnya.

bismillah.

ini, yang keempat. sebelumnya, cuma satu aku pamerkan dan yang lain aku simpan kemas. aku mahu bermula dengan sesuatu yang baharu dan aku mahu (sungguh) menulisnya dengan sejujurnya.

waktu menulis ini, mataku bergenang entah kenapa. aku selalu merasakan berapa banyak hal yang aku mahu kongsikan tidak mahu simpan sendirian dengan harapan ia akan menumbuhkan biji biji kebaikan kepadaku kelak. waktu aku sudah tidak ada di dunia yang penuh kepura puraan ini.

aku senang menjadi aku waktu aku menulis. memilih nama apa untuk diletak sini, memilih alamat apa yang aku paling selesa dan akhirnya aku pilih nama pena aku di lain lain laman. itulah, membuat aku lebih selesa. harapnya.

aku selalu mahu ada sekurangnya sesuatu waktu aku pergi. aku paling lemah dalam menyampaikan secara lisan lalu aku memilih ini, menyampaikan dalam diam. cukuplah dengan apa yang aku ada agar aku tak ketinggalan jauh terkebelakang.

ini, cuma aku mahu sampaikan kenapa aku memulakan yang keempat. dan, bismillah. mari kita mulakan?

harapan, istiqomah.


petang, sebelas disember.

No comments:

Post a Comment