Wednesday, December 10, 2014

pengalaman dua tahun yang akhirnya memberkas untuk selama lamanya.

bismillah.




gambar ini adalah bukti untuk kali pertama aku memulakan kerjaya selama bertahun tahun lamanya mengadap buku buku ujian ujian penilaian projek projek subjek yang sehingga akhirnya aku dapat naik pentas dengan rasa syukornya. 

selepas selesai semua hal hal berkaitan dengan projek akhir tahun akhir semester, aku cuma ada sehari untuk memindahkan barang barang ke rumah sewa dan bersedia untuk memulakan semuanya di esok hari.

cuma sehari, dan aku mula berkerja.

dua februari duaribu duabelas, hari pertama aku melaporkan diri. sek ren islam al amin wangsa maju (sekarang dipanggil dengan nama lain, sek ren islam al amin wilayah persekutuan).

aku tamat tempoh menumpah segala keringat di sana, duapuluhlapan februari duaribu empatbelas. genap dua tahun.

begitulah, kisah aku di awalnya. harapnya aku cukup memori mengingat kembali hal hal sepanjang tempoh dua tahun untuk dituliskan kembali. biidznillah.

gambar, menyambut merdeka dan disekalikan dengan raya semasa menjadi guru kelas tahun dua. akhir ogos duaribu tigabelas. dinding di belakang, seingat aku baru sahaja dicalit cat baru dan akulah yang mengecatnya sendirian. masing masing kami ditugaskan mencantikkan kelas yang dipegang. begitulah, pengorbanan seorang guru aku rasa.

petang, sebelas disember.

No comments:

Post a Comment