bismillah.
dzilal merenung ke luar jendela. jauh pandangannya dilempar. hampir lupa siapa yang ada di sampingnya.
"kau dah banyak berubah."
"aku masih sama, macam dulu."
"tak, kau dah lain."
diam, dzilal malas menyambung perbincangan. ed mengeluh, dia dapat rasa ada sesuatu.
"kau tak nak cerita ke aku?"
"tentang?"
"kau."
"kenapa kau rasa aku perlu bercerita?"
"sebab aku sayang kau."
diam, lagi. dzilal tahu dia takkan dapat mengelak. dia dan ed sudah terlalu rapat, terlalu mengenali.
"nanti aku cerita okay? beri aku ruang."
"kalau itu yang kau mahu."
"maaf."
ed pergi. dzilal masih menatap sepi. hatinya kecamuk. dia memilih untuk berdiam diri.
tengahari, duapuluhsatu disember.
No comments:
Post a Comment