Tuesday, December 30, 2014

hari akhir di tahun duaribu empatbelas.

bismillah.

i;
pagi ini baru nampak matahari. syukur. semoga banjir yang berminggu melanda, surut ditelan bumi airnya. semoga mangsa mangsa yang terkesan dengannya, menjadi lebih sabar dan redha dalam menangkapi urusan urusan mengurus hal rumah selepasnya. semoga hari ini, hari akhir di tahun duaribu empatbelas bakal memberi kita begitu besar impaknya dengan bermacam tragedi yang menyentuh jiwa di sepanjang duabelas bulannya. semoga esok, hari baru di tahun baru bakal membawa kita dengan sesuatu yang lebih menakjubkan dengan rasa rasa insaf yang dibawa dari tahun sebelumnya.

ii;
semalam, aku belajar banyak hal. dari sekecil kecil hingga ke besar besarnya. tengahari, mengadukan kepada dua insan yang aku sayang perihal payahnya nak move on nak let go. yang seorangnya, gigih mencari hal hal berkaitannya lalu memberi aku link hasil yang dia search. attachment. dibaca satu persatu yang sempat, amat mengesankan. seolah olah yasmin mogahed mengerti benar apa yang aku rasai saat itu.

yang seorang lagi, gigih juga bagi aku link untuk aku download satu movie tu. dia kata movie tu bagus tapi sayangnya payah betul nak download benda yang besar besar. kena sabarkan dulu rasa inkuiri tu.

terima kaseh kedua duanya, kalian membuat aku lebih berfikir dan menjiwainya.

iii;
petangnya, selepas pulang dari kerja, aku singgah shell dan isi minyak. dekat situ, ada seorang pekerja lelaki muda tolong isikan. takjub sekejap. kedua belah tangannya tak sama macam kita yang sempurna ada sepuluh jari. jari jarinya seakan bercabang dua. Allahu. sebak rasanya. betapa kadang kita kurang bersyukur dengan apa yang kita ada tapi orang yang tak sesempurna kita lebih merasa syukurnya.

kemudian, aku bergerak ke pasar malam di setiap selasa. membeli cukup dengan apa yang aku suka dan masuk ke kereta. seperti biasa, aku akan duduk berlama lamaan di dalamnya. lama, memerhati. bersebelahan vannya, di belakang khemah baju baju bundlenya, seorang pemuda rukuk sujud solat beralaskan sejadah. moga Tuhan murahkan rezeki mu, bang.


pagi, tigapuluhsatu disember.

No comments:

Post a Comment