bismillah.
untuk ruang baru di sini, aku cuba untuk tidak mahu ada draf tersimpan. cuma dua pilihan, samaada aku membuangnya atau aku perlu menuliskan habis dan dipamerkan. tidak akan ada pilihan ketiga, harapnya.
moga tak terlambat, hampir dua minggu menjejak tahun baru dan ruang ini masih kosong berdiam diri. tak mudah rupanya mahu menulis terus terusan. kagum bila baca si Petak Daud yang umurnya lima tahun lebih muda dari aku mahu menulis sekurangnya satu buku setahun. lejen. dan aku, entahla cuma angan angan. tidak berani mencuba walau sekalipun. penakut.
seperti tertulis di instagram aku, aku tidak punya azam yang setepatnya untuk tahun ini. cuma aku sangat mengharap aku lebih disabarkan Tuhan untuk apa apa hal sekalipun. untuk duabelas bulan yang bakal ditempuh, aku tidak tahu apa yang akan aku temukan. cuma dapat rasa, ianya agak sukar (mungkin).
untuk beberapa bulan awal ini, aku mahu sebolehnya melakukan hal hal yang terbaik, terutama buat emak dan ayah. mungkin atas sebab ini, aku rasa mahu pulang setiap minggu ke rumah emak ayah. aku takut aku takkan mampu untuk berbuat demikian lagi, nanti.
sungguh besar rasanya bila mampu memberi senyum ke wajah emak ayah. persisnya sedikit beban di pundak jatuh. puas.
Tuhan, izinkanlah aku.
hampir tengahari, tigabelas januari.
No comments:
Post a Comment