Wednesday, January 14, 2015

menghambur tangis.

bismillah.

aku selalu kalau di rumah sewa, curi curi mahu menangis. tak mahu orang tahu. semalam waktu rakan sebilik ke bawah dan cuma tinggal aku sorang, akhirnya tangis yang tertahan sejak tengahari tumpah. deras.

rupanya, agak lama hati mengeras. payah mahu menumpah airmata. katanya, kalau tak mampu untuk menangis, menangislah atas sebab itu tapi aku tak dapat berbuat keduanya. sakit perit rasanya. hidup jadi tak keruan.

selepas puas aku menghambur esak, magisnya segala yang aku perap seolah hilang. rasa ringan. lebih tenang dan pelan pelan aku melupakan. cuba pandang cermin, mata memang orang baru lepas menangis. sedikit macam amoi, sepet. 

lalu, aku ambil buku dan menghabeskan bacaan. untuk tahun baru, sudah dua buku dibaca. 

rakan sebilik masuk, dengan suara serak aku waktu menjawab soalan soalan yang ditanyanya, aku tidak berani mengangkat muka. cuma memandang ke buku dan sekejap sekejap pandang juga wajahnya.

menangis bukanlah bermakna kita lemah dan kerana aku seorang perempuan, emosinya lebih terarah dengan mengeluarkan tangis waktu perasaannya tidak lagi tertanggung. eloknya, hati rasa lebih lapang. rasa Allah lebih dekat. rasa sesuatu yang tak terungkai dengan kata.

takpe syida, Dia ada.


pagi, limabelas januari.

No comments:

Post a Comment