Saturday, January 17, 2015

masih single.

bismillah.

adalah sesuatu yang menyakitkan waktu emak tiba tiba datang bertanyakan sesuatu dan sebelum emak berlalu pergi, emak berkata kata seperti ini,

"nanti awak dah kahwin, dah payah. waktu ini je la yang ada."

teringat waktu halaqah beberapa bulan yang lepas, tengah berbincangkan hal baitulmuslim. ada seorang kakak berkongsikan satu hal dan ia amat mengesankan.

"dulu dulu waktu single, menyesal tak beri mak ayah masa secukupnya. memang bila dah kahwin kita takkan ada lagi peluang sama macam kita waktu single. banyak bezanya. masa kita akan lebih terarah untuk suami kita. jadi, nasihatnya untuk yang masih single, berbaktilah kepada mak ayah sebelum berdua. nanti menyesal."

ya, aku masih ingat apa yang kakak itu kongsikan. inilah mungkin salah satu hikmah aku di kerteh sini. masih mampu untuk ulang alik pulang di hujung minggu. perjalanan sejam setengah dari marang-kerteh kerteh-marang serasa sudah makin serasi. bergegas pulang tepat jam empat setiap khamis dan kembali semula sesudah subuh setiap ahad.

cukup buat emak ayah rasa kita ada bersama mereka.

p/s : kadang kita ni lambat untuk mengerti apa apa hikmah yang Tuhan beri. kita lebih cepat melatah tak tentu arah. lama lama bila lebih memahami, kita akan mula rasa betapa kasehnya Tuhan yang tidak ada berpenghujung.

pagi, lapanbelas januari.

No comments:

Post a Comment