bismillah.
aturan rezki, sangat unik jalannya yang ditunjuk Tuhan. semisalnya pagi tadi. sengaja dia membeli dua bungkus nasi dagang di gerai makcik kegemaran, tepi jalan. hajatnya samaada mahu memberi satu ke orang lain atau makan di waktu tengahari. makanan di kafe pejabat, sedikit mahalnya.
waktu dia tengah makan, ada seorang makcik cleaner datang. mahu minta tandatangan di kertas tugasannnya. sebelum makcik datang, dia baru usai berbicara sama Tuhan.
"Allah, andai ada mana mana makcik yang selalu bersihkan kawasan sini datang, alangkah indahnya kalau dapat diberikan satu nasi yang aku belikan ini."
beberapa minit selepasnya, rezki untuk makcik.
"makcik dah makan?"
"belum."
"saya ada beli nasi dagang, dua. makcik nak satu?"
begitulah, indahnya. senyum yang terukir di antara kedua duanya, bawa banyak erti. ertinya, cuma mereka berdua yang merasa. moga Tuhan memurahkan rezki buat makcik makcik sekalian.
jadi teringat pesan ostadz di slot tazkirah waktu di assembly mingguan di dewan besar semalam, apa yang kita ada, kita beri. Allah akan menambahkannya. tidak ada orang jatuh miskin dengan apa yang dia beri. berbuat baiklah sesama, kemudian hal yang baik baik akan datang.
jadi teringat juga, hujung minggu yang lepas. berbicara sama kakak sulong melalui whatsapp. jumaat, dia masukkan duit ke akaun aku. buat belanja emak makan katanya, sempena hari lahir emak duabelas januari yang lepas. selebihnya, bagi emak buat beli tudung. beberapa harinya, kakak bagitahu.
"Allah bagi rezki hari ini. hasil jualan di kedai lapan kali ganda dengan apa yang aku bagi untuk emak jumaat yang lalu."
kakak sulong, seorang peniaga barang pembelajaran kanak kanak. di Batu Caves. begitu dalam, terkesan dengan apa yang dia kongsikan. katanya yang ini, buat aku sedikit bergenang,
"benar belaka janji Allah."
tengahari, duapuluh januari.
No comments:
Post a Comment