Sunday, December 27, 2015

perkongsian yang aku kira, serius.

untuk akhir tahun 2015 dan awal tahun 2016, membuka perjalanan baru buat aku dan Amer. menyelesaikan dua hal yang besar dalam waktu yang sama, adalah tidak semudahnya dan kedua duanya memerlukan bajet kewangan yang agak besar. persiapan rumah baru dan persiapan untuk bersalin.

syukur, mak mertua mengizinkan kami untuk membina sebuah rumah kecil di sekangkang tanah di belakang rumahnya. ruang yang ada cukup untuk sebuah keluarga kecil kami. cukuplah buat berteduh dengan ruang kami sendiri. banyak hal yang perlu dilakukan dari sekecil kecil hal hingga ke besar besarnya. syukurlah Allah permudahkan setiap satu persatu. doakanlah ia siap di pertengahan januari nanti. doakanlah.

beberapa hari yang lepas, kepala agak pusing. memikirkan seolah olah masih ada banyak hal yang belum diselesaikan. untuk persiapan menerima anak kecil, kami cuma baru membeli beberapa helai pakaian buatnya. 

perlu membuat perkiraan untuk semuanya sebab setiap satunya memerlukan duit. semalam aku benar benar menyedari satu hal penting yang dirasa sangat perlu untuk dikongsi bersama yang lain.

mulakanlah membuat simpanan seawal mungkin. biar pun sedikit yang kita mampu, letakkan siap siap jumlah bahagian gaji untuk disimpan ke dalam satu akaun asing yang sebolehnya yang kita tidak boleh cucuk di atm sesuka hati. dapat gaji, ambil duit dan simpan terus. jangan ditangguh tangguh. paling kene kuat, jangan gunakan simpanan tersebut untuk hal hal remeh kecuali memang itu sahaja jalannya.

entahla, bila dah bernikah dah mula mahu menimbang anak kecil, ada banyak hal yang kita perlu pertimbangkan. terutama hal kewangan. beringatlah sebelum waktunya tiba dan selebihnya, berdoalah selalu agar Allah memudahkan segala hal.


sore; duapuluhdelapan disember.

Tuesday, December 15, 2015

catatan seorang bakal, ummi. (inshaAllah)

bila kau merasai sendiri segala tiap satu hal pertama seawal kehamilan hingga ke akhirnya, baru kau tahu menilai betapa tak terhitungnya pengorbanan seorang ibu.

dari fasa pertama, dengan mual mual tak henti dan kadang muntah muntah. yang bekerja dengan menaiki perkhidmatan awam juga sangat mengujikan. pernah kawan sepejabat menceritakan dia hampir hampir menumpahkan muntah yang ditahannya ke seorang lelaki sebab dah tak mampu nak tahan. akhirnya, dia berlari keluar stesen yang hampir dan terus menumpahkannya ke tandas. kau alah pada bau bau. jiwa sangat sensitif walau untuk sekecil hal sekalipun. kau tidak punya selera makan, ambil sedikit makanan sekadar mengisi perut. kau terasa sangat malas, mahu berbaring tidur sahaja sepanjang waktu. setiap malam hampir dua tiga kali kau berulang alik ke tandas. pundi kencing seolah olah sentiasa penuh dan mahu mengenyahkannya cepat cepat. bila kau berbaring dan mahu sambung tidur semula, kau hampa sebab mata sudah hilang kantuk. akhirnya, subuh menjengah.kau jadi berat mahu bersiap ke kerja sebab kau tidak tidur secukupnya untuk melalui seharian di tempat kerja.

fasa kedua lebih nyaman rasanya. sudah kurang mual mual dan selera makan sudah membaik seperti sedia kala. jiwa masih sensitif. masih berulang ke tandas setiap malam tapi sudah berkurang menjadi satu dua kali. cumanya, kau mula akan melalui gangguan tidur yang lain, sakit di bahagian pinggul, belakang dan pinggang. kata jururawat di klinik kesihatan, ia tersebab dalam kandungan makin membesar dan ia menekan kawasan 
kawasan tersebut. kau menghadapi kesulitan untuk bergerak ke kiri atau ke kanan, rasanya nyeri sekali. akhirnya, kau akan cuma tetap pada satu posisi dan tidur dengan sebegitu sahaja. kekejangan juga makin kerap berlaku. betis seolah olah ditarik rakus. kau menggeliat kesakitan. pergerakan makin lambat, menahan nyeri di pinggang. 

dan akhirnya, untuk fasa ketiga. masih sabar menantinya. hasil bacaan, sakit di bahagian bahagian di fasa kedua makin ketara. gangguan pundi kencing kembali seperti di fasa satu. 

untuk kesemuanya, syukur atas nikmat yang Allah kurnia, seorang suami yang sangat memahami dan sangat ringan tulang membantu segala hal. tolong basuhkan sidaikan lipatkan baju baju, kalau terlambat tolong ironkan baju dan tudung ke pejabat, tolong urutkan bahagian yang sakit hampir setiap malam walau sepenat apa pun
dia, tolong masakkan makanan dan buatkan air. kalau boleh dia mahu membantu untuk melakukan semuanya yang dia termampu. 

lalu tanyakan, bagaimana untuk tidak jatuh cinta berulang kali kepada seorang lelaki yang bernama Amer ini? syukur untuk semuanya, semuanya. ya Rabb, berkahi hidupnya setiap waktu. aku telah menyaksikan bagaimana dia memperlakukan ibunya, adik adiknya dan aku, dengan cara paling baik.

tengahari, enambelas disember.

Sunday, December 13, 2015

duapuluhenam.

di minggu ke duapuluh enam;

masih ada yang ragu ragu. teringat hal minggu lalu, ditanya oleh rakan sepejabat berbangsa cina dan dia betul betul jujur dengan bertanyakan satu hal.

"you pregnant ke?"
"oh aah."
"i ingat you gemuk."

aku dah agak dapat respon macam tu. HAHA. aku rasa mungkin sebab aku suka pakai baju besar atau mungkin baby bump tak nampak ketara sangat. lagipun, okay jugak macam tu. aku ada skrol facebook, terbaca satu artikel. katanya baby bump ni pun aurat juga, jangan suka tayang tayang sangat. 

sebab itulah aku rasa bila aku naik tren takde siapa pun nak beri aku tempat duduk walau waktu tu memang aku tak larat nak berdiri lama, sakit pinggang. bila dapat duduk sebab ada tempat kosong tu, rasa nikmat sangat dah.

untuk beberapa waktu ni, Amer yang hantar aku. membonceng. sebab aku tak larat sangat nak redah satu jam drive dengan naik tren. lagi satu, dengan kenaikan tambang lrt lagi. rasa terbeban jugalah kalau nak letak bajet RM200++ setiap bulan semata untuk itu.

apa hal pun, semoga semuanya baik baik saja.

sore, empatbelas disember.