Sunday, December 27, 2015

perkongsian yang aku kira, serius.

untuk akhir tahun 2015 dan awal tahun 2016, membuka perjalanan baru buat aku dan Amer. menyelesaikan dua hal yang besar dalam waktu yang sama, adalah tidak semudahnya dan kedua duanya memerlukan bajet kewangan yang agak besar. persiapan rumah baru dan persiapan untuk bersalin.

syukur, mak mertua mengizinkan kami untuk membina sebuah rumah kecil di sekangkang tanah di belakang rumahnya. ruang yang ada cukup untuk sebuah keluarga kecil kami. cukuplah buat berteduh dengan ruang kami sendiri. banyak hal yang perlu dilakukan dari sekecil kecil hal hingga ke besar besarnya. syukurlah Allah permudahkan setiap satu persatu. doakanlah ia siap di pertengahan januari nanti. doakanlah.

beberapa hari yang lepas, kepala agak pusing. memikirkan seolah olah masih ada banyak hal yang belum diselesaikan. untuk persiapan menerima anak kecil, kami cuma baru membeli beberapa helai pakaian buatnya. 

perlu membuat perkiraan untuk semuanya sebab setiap satunya memerlukan duit. semalam aku benar benar menyedari satu hal penting yang dirasa sangat perlu untuk dikongsi bersama yang lain.

mulakanlah membuat simpanan seawal mungkin. biar pun sedikit yang kita mampu, letakkan siap siap jumlah bahagian gaji untuk disimpan ke dalam satu akaun asing yang sebolehnya yang kita tidak boleh cucuk di atm sesuka hati. dapat gaji, ambil duit dan simpan terus. jangan ditangguh tangguh. paling kene kuat, jangan gunakan simpanan tersebut untuk hal hal remeh kecuali memang itu sahaja jalannya.

entahla, bila dah bernikah dah mula mahu menimbang anak kecil, ada banyak hal yang kita perlu pertimbangkan. terutama hal kewangan. beringatlah sebelum waktunya tiba dan selebihnya, berdoalah selalu agar Allah memudahkan segala hal.


sore; duapuluhdelapan disember.

No comments:

Post a Comment