Tuesday, December 15, 2015

catatan seorang bakal, ummi. (inshaAllah)

bila kau merasai sendiri segala tiap satu hal pertama seawal kehamilan hingga ke akhirnya, baru kau tahu menilai betapa tak terhitungnya pengorbanan seorang ibu.

dari fasa pertama, dengan mual mual tak henti dan kadang muntah muntah. yang bekerja dengan menaiki perkhidmatan awam juga sangat mengujikan. pernah kawan sepejabat menceritakan dia hampir hampir menumpahkan muntah yang ditahannya ke seorang lelaki sebab dah tak mampu nak tahan. akhirnya, dia berlari keluar stesen yang hampir dan terus menumpahkannya ke tandas. kau alah pada bau bau. jiwa sangat sensitif walau untuk sekecil hal sekalipun. kau tidak punya selera makan, ambil sedikit makanan sekadar mengisi perut. kau terasa sangat malas, mahu berbaring tidur sahaja sepanjang waktu. setiap malam hampir dua tiga kali kau berulang alik ke tandas. pundi kencing seolah olah sentiasa penuh dan mahu mengenyahkannya cepat cepat. bila kau berbaring dan mahu sambung tidur semula, kau hampa sebab mata sudah hilang kantuk. akhirnya, subuh menjengah.kau jadi berat mahu bersiap ke kerja sebab kau tidak tidur secukupnya untuk melalui seharian di tempat kerja.

fasa kedua lebih nyaman rasanya. sudah kurang mual mual dan selera makan sudah membaik seperti sedia kala. jiwa masih sensitif. masih berulang ke tandas setiap malam tapi sudah berkurang menjadi satu dua kali. cumanya, kau mula akan melalui gangguan tidur yang lain, sakit di bahagian pinggul, belakang dan pinggang. kata jururawat di klinik kesihatan, ia tersebab dalam kandungan makin membesar dan ia menekan kawasan 
kawasan tersebut. kau menghadapi kesulitan untuk bergerak ke kiri atau ke kanan, rasanya nyeri sekali. akhirnya, kau akan cuma tetap pada satu posisi dan tidur dengan sebegitu sahaja. kekejangan juga makin kerap berlaku. betis seolah olah ditarik rakus. kau menggeliat kesakitan. pergerakan makin lambat, menahan nyeri di pinggang. 

dan akhirnya, untuk fasa ketiga. masih sabar menantinya. hasil bacaan, sakit di bahagian bahagian di fasa kedua makin ketara. gangguan pundi kencing kembali seperti di fasa satu. 

untuk kesemuanya, syukur atas nikmat yang Allah kurnia, seorang suami yang sangat memahami dan sangat ringan tulang membantu segala hal. tolong basuhkan sidaikan lipatkan baju baju, kalau terlambat tolong ironkan baju dan tudung ke pejabat, tolong urutkan bahagian yang sakit hampir setiap malam walau sepenat apa pun
dia, tolong masakkan makanan dan buatkan air. kalau boleh dia mahu membantu untuk melakukan semuanya yang dia termampu. 

lalu tanyakan, bagaimana untuk tidak jatuh cinta berulang kali kepada seorang lelaki yang bernama Amer ini? syukur untuk semuanya, semuanya. ya Rabb, berkahi hidupnya setiap waktu. aku telah menyaksikan bagaimana dia memperlakukan ibunya, adik adiknya dan aku, dengan cara paling baik.

tengahari, enambelas disember.

No comments:

Post a Comment