bismillah.
lama sungguh tak menulis di sini. rasa macam agak janggal. post akhir sekali sebelum bersalin dan sekarang umur anak, syifa' pun dah setahun.
malam ni keinginan mahu mencoret sesuatu agak membuak. lalu aku mahu salurkannya ke sini. sebenarnya saja tinjau tinjau blog kawan kawan. tiba tiba terhenti di satu post, perkongsian ibu yang sudah anak dua.
allahu. rasa sebak sangat. post tu mengena dengan apa yang aku sedang alami sekarang. rupanya lain benar rasa dia bila anak dah menjangkau setahun ni. bila dia dah mula bergerak aktif.
beberapa hari ni, rasa agak stress. entahlah. selalu rasa nak marah marah anak sebab penat. kerja sekali bawa anak ni, bukan benda main main. dalam masa yang sama syukor Allah beri rezki jaga anak sendiri depan mata selalu, boleh cari duit nak bayar hutang juga. nak cepat cepat setelkan dua hutang besar, kereta ptptn. mungkin lepas tu lebih aman.
aku perasan aku akan jadi cepat marah bila jaga syifa' sorang sorang. aku tak boleh buat apa apa. kene tengok dia aje. aku pergi tandas pon dia menangis macam kene pukul. tadi aku benar benar hilang sabar, terus terlintas di hati, allah macammanalah mak jaga kami ramai ramai dulu, sorang. ayah pemandu lori, balik hujung minggu saja.
besar sungguh sabar emak. aku baru anak satu dah macam macam. stress sampai naik ke kepala. pernah termarah jugak syifa' sebab dah tak tahan sungguh. cuba tak naikkan suara cuba tak marah, entahlah tak cukup sabar agaknya.
semoga ibu ibu di seluruh dunia, dikurniakan sabar yang berlipat kali ganda.
1.04 pagi
19 april 2017
teratak kecil.
No comments:
Post a Comment