hari ini, sejak pagi entah apa yang menghasut fikiran. terasa rindu kepada semua kenangan. seolah olah menghimpit perasaan menjadi sesuatu yang mendukakan. dirobek robek kembali satu persatu momen indah waktu dulu dulu. sungguh, aku rindu.
lama lama, aku sedar yang kita masing masing sudah makin mendewasa dan punya hidup sendiri. tenggelam dalam kesibukan dan makin melupa sesama. aku cuba untuk tidak terlalu asyik dalam menanggapi semua kenangan tapi selalunya, gagal. semuanya terlalu degil untuk dipadam.
aku juga cuba untuk tidak terlalu bersedih dengan kerinduan waktu waktu lalu yang tidak akan mungkin lagi kembali semula. semoga kita akan baik baik sahaja walaupun kita sendiri tahu dan mengerti jarak kita sekarang seperti apa.
sore, tenggelam dalam rindu.
duapuluhsembilan febuari (yang muncul cuma empat tahun sekali).
level enampuluhdua, menara dua. KLCC.
No comments:
Post a Comment