bismillah.
lama sungguh tak menulis di sini. rasa macam agak janggal. post akhir sekali sebelum bersalin dan sekarang umur anak, syifa' pun dah setahun.
malam ni keinginan mahu mencoret sesuatu agak membuak. lalu aku mahu salurkannya ke sini. sebenarnya saja tinjau tinjau blog kawan kawan. tiba tiba terhenti di satu post, perkongsian ibu yang sudah anak dua.
allahu. rasa sebak sangat. post tu mengena dengan apa yang aku sedang alami sekarang. rupanya lain benar rasa dia bila anak dah menjangkau setahun ni. bila dia dah mula bergerak aktif.
beberapa hari ni, rasa agak stress. entahlah. selalu rasa nak marah marah anak sebab penat. kerja sekali bawa anak ni, bukan benda main main. dalam masa yang sama syukor Allah beri rezki jaga anak sendiri depan mata selalu, boleh cari duit nak bayar hutang juga. nak cepat cepat setelkan dua hutang besar, kereta ptptn. mungkin lepas tu lebih aman.
aku perasan aku akan jadi cepat marah bila jaga syifa' sorang sorang. aku tak boleh buat apa apa. kene tengok dia aje. aku pergi tandas pon dia menangis macam kene pukul. tadi aku benar benar hilang sabar, terus terlintas di hati, allah macammanalah mak jaga kami ramai ramai dulu, sorang. ayah pemandu lori, balik hujung minggu saja.
besar sungguh sabar emak. aku baru anak satu dah macam macam. stress sampai naik ke kepala. pernah termarah jugak syifa' sebab dah tak tahan sungguh. cuba tak naikkan suara cuba tak marah, entahlah tak cukup sabar agaknya.
semoga ibu ibu di seluruh dunia, dikurniakan sabar yang berlipat kali ganda.
1.04 pagi
19 april 2017
teratak kecil.
ruang sembunyi.
melolos rasa melegar jiwa, menerawang di setiap pelusuk, bebas.
Tuesday, April 18, 2017
Monday, February 29, 2016
kita yang semakin mendewasa.
hari ini, sejak pagi entah apa yang menghasut fikiran. terasa rindu kepada semua kenangan. seolah olah menghimpit perasaan menjadi sesuatu yang mendukakan. dirobek robek kembali satu persatu momen indah waktu dulu dulu. sungguh, aku rindu.
lama lama, aku sedar yang kita masing masing sudah makin mendewasa dan punya hidup sendiri. tenggelam dalam kesibukan dan makin melupa sesama. aku cuba untuk tidak terlalu asyik dalam menanggapi semua kenangan tapi selalunya, gagal. semuanya terlalu degil untuk dipadam.
aku juga cuba untuk tidak terlalu bersedih dengan kerinduan waktu waktu lalu yang tidak akan mungkin lagi kembali semula. semoga kita akan baik baik sahaja walaupun kita sendiri tahu dan mengerti jarak kita sekarang seperti apa.
sore, tenggelam dalam rindu.
duapuluhsembilan febuari (yang muncul cuma empat tahun sekali).
level enampuluhdua, menara dua. KLCC.

Tuesday, February 9, 2016
kami namakan ia, teratak kecil.
sejak duapuluh januari yang lepas, syukor Allah telah memudahkan segala hal dari sekecil kecil hingga ke besar besarnya, kami sudah mula tinggal di rumah sendiri. teratak kecil, aku namakan ia. tidak sebesar mana tapi cukuplah untuk kami menetap dengan lebih mensyukuri segala halnya.
tukang rumah ambil masa lebih kurang sebulan setengah untuk menyiapkan dan melihat setiap hari perkembangannya, adalah sesuatu yang indah. memilih warna rumah, melakar sendiri pelan, membeli keperluan rumah dari kosong hingga syukor, lengkap serba ada, pengalaman baru aku kira.
sebenarnya, ia agak memenatkan dengan kondisi aku yang tengah sarat (jugaklah), tapi entahla, aku seronok melakukan setiap satunya. teringat waktu berjam jam di ikea damansara memilih apa apa yang patut, berjalan lama pusing satu ikea dan aneh, tidak merasa lelahnya.
banyak hikmah dari setiap satu sisi, aku dan amer banyak menghabiskan masa berbincang dalam segala hal. dalam satu satu hal, amer selalu bertanyakan pendapat aku terlebih dulu sebelum dia berbuat keputusan. nampak kecil, tapi ia sangat bermakna. :)
'ala kulli hal, syukor.
sore, sepuluh februari.

Monday, January 11, 2016
fasa tiga.
untuk fasa terakhir,
makin banyak pergerakan dan lebih terasa gerakannya, mungkin sebab ruang dah makin mengecil. semakin payah untuk melelap mata dan ia nyata agak sukar bagi aku, mungkin sebab kepenatan bekerja seharian dan kemudian perlu menempuh keesokan hari bekerja pula. langkah kaki makin perlahan dan cepat mengah yang luar biasa. nyeri di pinggul, pinggang dan belakang.
hmm, dan bertambah tambah debarannya.
setiap satu sisi sejak fasa pertama, selalu akan membuat aku terpaku kepada kekuatan yang ada pada setiap ibu dan terlebihnya, mengingat emak. :)
sore; sebelas januari.

Sunday, January 3, 2016
catatan pertama di dua kosong satu enam.
untuk tahun baru 2016, tidak ada azam yang besar besar rasanya. cuma, mengharap segala hal yang bakal dilalui dua belas mendatang selalu diberkahi dan dimudahkan oleh Tuhan.
aku tahu, ianya akan memerlukan sedikit kekuatan beberapa bulan nanti. menerima satu amanah dan tanggungjawab baru bukanlah hal mudah tapi di situlah kekuatan kita akan dibina bukan?
untuk soal karier, mac nanti kontrak tahun kedua aku bakal tamat. sama bulan dengan edd. agak mencabar juga. banyak hal yang Tuhan mahu ajar waktu dia sering mendatangkan dua hal dalam satu waktu ke aku. berkali kali dan seharusnya aku harus belajar dari setiap sisi. terima kaseh Tuhan.
untuk hal hal lain, aku berserah seluruhnya kepada Tuhan yang berhak. waktu Dia memberi, Dia tahu aku mampu.
pagi, empat januari duaribuenambelas.

Subscribe to:
Posts (Atom)