Saturday, January 31, 2015

entri ketiga di awal februari.

bismillah.

untuk entri ketiga hari ini sahaja, aku tidak pasti apa sebenarnya yang sedang aku sendiri hadapi. perasaannya sulit, kompleks dan sakit.

-----

apabila kita memaksa diri membuat sesuatu sedang kita tidak ada langsung hati mahu berbuat demikian, rasanya seolah olah satu robot yang ditekan tekan butangnya. hari ini, mood bekerja aku entah terchampak ke mana.

aku jadi sakit kepala, menekan nekan. aku selalu ragu yang sering sakit kepala aku itu adalah namanya migrain atau mengada ngada. selera makan aku juga akhir akhir ini seakan pelik. aku lapar aku mahu makan tapi mulut aku protes tidak mahu menerima apa apa masukan. 

aku balik ke kampung, baru betul betul makan masakan emak. di rumah sewa, perut aku tidak tahu lagi mahu mainkan lagu apa sebab buntu. tidak mahu makan. harap berat aku sedikitlah berkurang.

apakah sebenarnya yang terjadi kepada aku?

-----

sakit kepala aku datang lagi. orang depan pasang muzik yang membuat kepala aku makin sakitnya. tidak bolehkah pasang muzik cukup untuk didengar sendiri, sumbat earphone dan pasanglah sekuat kuatnya. tidak ada lagi yang akan kisah.

-----

aku teringin nak pergi jauh jauh. aku teringin, sangat.


sore, satu februari.

rasanya seperti sedang patah hati.

bismillah.

membacakan ini, buat hati sedikit lapang. lang leav seperti mengerti benar hati hati yang sedang menikmati tulisan tulisannya.

Broken Hearts

I know you've lost someone and it hurts. You may have lost them suddenly, unexpectedly. Or perhaps you began losing pieces of them until one day, there was nothing left. You may have known them all your life or you may have barely known them at all. Either way, it is irrelevant—you cannot control the depth of a wound another inflicts upon you.

Which is why I am not here to tell you tomorrow will be a new day. That the sun will go on shining.

Or there are plenty of fish in the sea. What I will tell you is this; it’s okay to be hurting as much as you are. What you are feeling is not only completely valid but necessary—because it makes you so much more human. And though I can’t promise it will get better any time soon, I can tell you that it will —eventually. For now, all you can do is take your time. Take all the time you need.
- lullabies, lang leav


tengahari, satu februari.

namanya, lelaki.

bismillah.

di ofis.

aku tak berkenan dengan beberapa orang lelaki yang dah ada anak isteri tapi suka pandang suka puji kecantikan perempuan perempuan muka cantek comel molek meletup letup dekat ofis.

besar ujian orang orang cantek ni. syukur Allah memberi kesederhanaan, cukup.

cuma, ia terlalu nampak. aku suka memerhati. yang datang perempuan cantek sangat, dengan yang biasa biasa, ada bezanya cara dia dilayan oleh mereka. aku kadang macam, lol. facepalm. lepas tu duk diam diam senyap menyepi dekat workspace. malas nak ambil kesah.

-----

entah. bagi aku, definisi perempuan cantek tu ada banyak. kalau dipandang cuma luar, memanglah wajah cantek putih sedap dipandang itu yang cantek. tapi cubalah bayangkan, mulutnya lancang pedas suka mencarut, adakah masih valid dia dipanggil perempuan cantek?

tapi, lelaki tak pandang itu kan. sesetengahnya, tak semua. kotlah.

-----

hari tu aku ada borak dengan rakan serumah,

"kalau lelaki yang nak ke kita tapi dia siap bagi syarat nak kita turunkan berat badan nak kita pandai masak itu masak ini, jangan pilih dia. sebab kalau dia betul nak ke kita, dia akan terima kita seadanya. "


pagi, satu februari. sembilanpuluh hari, lagi.


Wednesday, January 28, 2015

bila baca buku dan temukan kita sendiri di dalamnya.

bismillah.

tengah baca lullabies versi ebook. lepas tu rasa stress. memang hari khamis di hujung satu minggu yang sibuk sakan ni, aku asyik stress. lol. aku stress sebab bila baca line by line tulisan famous lang leav tu, banyak mengena ke aku balik.

aku jadi mula mengimbau segala momens, sangat tidak best kalau ia adalah hal yang menyakitkan hati sendiri. patutlah di awal mukasurat buku ni lang leav dah ingatkan, waktu baca buku yang dia tulis, nanti kita sendiri akan menemukan kita di dalamnya.

" Though it has a start, middle, and end, you can begin reading Lullabies from any page you wish.
Some pieces will sing to your present, others may echo of your past, and the rest could whisper of your future. Remember, while the words on these pages remain static, this book—like all other books—is a living and breathing thing. Much like a mirror reflecting its ever-changing landscape,

Lullabies is a book that, over time, will reveal itself to you slowly. " - Lang

cis.

tengahari, waktu makan tapi sejak seminggu ni selera makan ke laut. iya, tahu laut seberang office ni je. duapuluhsembilan januari.

(bajet) sibuk.

bismillah.

minggu ni kesibukan kerja menggila. jadi aku tak sempat sangat nak menaip dekat sini. lepas tu aku ada benda baru nak dibuat masa waktu tengahari.

aku dapat dua folder ebook yang banyak gila buku yang aku nak tapi tak terbeli. lang leav haruki murakami pablo neruda rumi kahli gibran widji thukul t. alias taib sapardi djoko damono etc.

jadi itulah, aku sibuk. tapi entah, rasa best sebab aku dah kurang masa nak termenung mengingat hal hal menyakitkan.

membantu.

-----


lepas aku tulis post ni aku stress sebab dengar orang belakang aku main game dekat phone dia. lol


pagi, tengah sibuk sempat taip sini sekejap. duapuluhsembilan januari.

Sunday, January 25, 2015

catatan i.

bismillah.

catatan semalam,

hari ini sejak pagi cuma fokus pada satu software yang aku install untuk laptop ofis tapi ada error. benda paling tak best bila bermain dengan software ni, itulah. kalau ada error memang software tu tak jalan.

sampai petang akhirnya aku hampir mengalah. hantar emel ke team manager. lepas tu aku takjub sebab cepat je dia respons padahal dekat sana cuti. ahad memang dalam team aku sorang je yang bekerja. berbalas balas emel kemudian dia stress agaknya dengan aku, dia mintak untuk control laptop dan dia yang buatkan. aku cuma memandang sepi skrin tengok apa yang dia buat.

hampir waktu pulang, software itu dapat berfungsi dengan jayanya. tahukah apa perasaannya?

speechless. waktu yang diambil memang panjang tapi di akhirnya aku belajar sesuatu, apa punca kenapa software tu ada error.

thank you so much jack!

catatan hari ini,

software semalam aku usahakan, itulah software yang kami satu team bersusah susah hampir setahun ini. untuk diguna oleh company lain. kami cuma orang orang di sebalik tabir.

tapi entah, seronok jadi seperti itu. dari dulu, aku lebih suka bekerja di belakang. takpe bercomot comot berpayah payah. takpe orang tak mengenal. asal kerja jalan. sudah cukup.

------

singgah di porenjes, jumpa benda ni.
Nanti, suatu saat nanti, tulisan kita yang melapangkan saat dada kita sempit. Tulisan kita yang menuntun saat kita terseok-seok. Tulisan kita pula yang meraih saat kita terjatuh. Sebab dalam setiap tulisan itu, kita memang hendak berkata, hendak membisikkan, serta hendak menjadi sahabat, dengan diri kita sendiri.
Maka mulailah menulis. Menulis untuk merawat jiwa kita."
-Achmad Lutfi
rasa macam, "haa aku macam tu la. macam tu."
selalu dah. 

------

sebab malas nak teringat malas nak berfikir banyak malas nak tenggelam dengan momens sendirian, aku bertekad untuk berbuat sesuatu. 

untuk melupa, sengaja sibukkan diri.


tengahari, hari ni lepas makan baru aku menulis sini. aku paling mudah, turun beli makanan sorang sorang. bungkus, naik makan dekat meja. jadi, ada masa juga untuk di luang buat menulis. duapuluhenam januari.

Saturday, January 24, 2015

sabarkanlah aku lebih, Tuhan.

bismillah.

pernah tak kau rasa macam malas nak buat semua benda dan kau cuma mahu duduk diam membisu di satu sudut, lama lama. membenamkan muka dan memeluk lutut. 

ada banyak hal yang kau sesalkan. satu persatu datang di fikiran dan kau tak boleh nak buat apa apa selain, menyesal. kau dah cuba lawan dengan sedayanya. kau dah cuba apa yang termampu tapi masih belum mencapai tahap yang diperlukan.

kau rasa semacam mahu putus asa. mahu membiarkan saja masa menentukan segala galanya. tidak mahu mengalah tapi tidak juga mahu terus berjuang.

ia sangat menyakitkan.

------

aku harap sangat aku dah mampu jadi seorang anak perempuan yang solehah buat emak ayah. tak mahu meminta lebih, cukuplah aku tidak menyakiti hati keduanya dan bisa membuat mereka tersenyum bahagia.

------

untuk hari hari esok dan seterusnya, sabarkanlah aku lebih, Tuhan.


tengahari macam biasa tak turun makan, kenyang makan tulisan. okay, tipu. duapuluhlima januari. sembilanpuluhenam, lagi.

Wednesday, January 21, 2015

terima kenyataan, peritnya macam ditusuk berkali kali sakitnya.

bismillah.

pernah rasa mahu sahaja berhenti menulis. sebab bila baca balik apa yang ditulis, rasa hambar. kosong. mula rasa jiwa dah hilang dalam tulisan sendiri. entah, aku selalu rasa orang yang menulis dari hati akan terasa di hati. aku pernah menangis bila baca buku ostadz salim. aku pernah rasa sama macam kawan aku tulis pasal emak ayah dia yang bersusah susah untuk dia, sebab aku tahu waktu dia menulis, dia bawakan hatinya sekali.

tulisan tulisan seperti itu akan hidup. tapi, bila sendiri rasa tulisan dah mati, ia menyakitkan.

cuma, bila difikirkan balik, aku perlu juga menulis. beberapa blog yang aku dah privatekan kadangnya aku akan buka balik dan baca sendiri. aku akan mula rasa diri aku yang dulu dulu tu seperti apa.

mencari diri yang kian mati, ada di setiap tulisan yang ditulis di situ. jadi, aku ambil kata putus, teruskan menulis. (terima kasih Ary)

-------

ada banyak wishlist yang difikir lama dulu tapi sayangnya, ia cuma jadi sekadar wishlist sebab rasa macam ada hal yang lebih penting untuk dilaksana. wishlist tu, disimpankan saja buat waktu ini. ada rezeki, kita akan buat okay. kita.

-------

ada sebab kan kenapa Allah tak bagi kita sayang hamba Dia lebih lebih. jangan sampai sayang hamba Dia lebih dari sayang Dia. 

manusia, dia takkan sama kondisi hatinya. sentiasa berubah. tak tetap. kadang menerima kenyataan itu, dah buat hati terasa sakitnya. ditusuk, perit. 

sebab kita nak dia yang sama macam kita kenal sebelum dia kahwin sebelum dia ada anak. kita nak dia yang dulu. tapi mana mungkin lagi. 

-------

aku selalu cakap dekat diri sendiri, "please, move on. move on."
tapi aku selalu kalah. selalu.


pagi, duapuluhdua januari. (seratus hari, lagi)

rawak.

bismillah.

lama duduk belek belek post dekat satu blog yang dah lama aku tak singgah. aku suka cara dia bercerita. rasa seolah olah dia sedang bercakap dengan apa yang dia tulis. rasa hidup.

-------

aku rasa kadang jiwa aku ni terumbang ambing, sekejap nak jadi itu sekejap nak jadi ini. padahal yang paling penting, tetapkan pendirian dan just follow the flow. done. 

------

ada hal dalam hidup, tak mudah kita nak laluinya sendiri. entah, rasa nak ada orang sambut nak ada orang bagi sokongan nak ada orang titipkan kata kata yang meyakinkan nak ada peneman yang tak bosan bila aku diam nak ada geng yang boleh cakap pasal buku sampai lupa hal hal lain nak ada bahu untuk diluruhkan airmata waktu tengah tak okay nak ada orang peluk bila tengah tak tentu hala.

macam ni, ada ke orang nak selalu ada.

-------

adakah aku telah menyalahkan penggunaan menulis di ruang sembunyi sini. sungguh rasa bebas sangat melontar patah kata. sebab tahu (mungkin) tidak ada pun yang membacanya. 

rasa sangat best. 


p/s : edit. rasa macam cara post aku ni dah tersama dah dengan blog yang aku singgah lama tadi. oh cepatnya terpengaruh. 

petang, di kala mood bekerja sudah terkubur diam. duapuluhsatu januari.

Tuesday, January 20, 2015

memang sini benar benar ruang sembunyi.

bismillah.

kakak sebelah sana selalu cerita pasal anak sulong dia yang baru masuk darjah satu. sebab dia cerita dengan suara yang satu department boleh dengar, aku tak dapat nak elak dari dengar sekali.

aku fahamlah jugak apa dia cerita semua tu sebab aku dua tahun jadi cikgu. anak anak didik bermacam ragam. sejak hampir setahun dah tak jadi cikgu ni, dah takde suara nyaring yang kuat keluar. dah takde kerja overrrtime sampai lewat malam. dah takde tekanan sangat menanda buku buku menimbun. dah takde sakit hati bila anak kelas buat hal. dah takde pening melayan karenah emak ayah yang bermacam. dah takde rasa taknak buat hiasan kelas sebab tak kreatif. dah takde semuanya.

tapi, aku rindu semuanya. itulah yang banyak mengajarkan aku. banyak sangat. memang ganjaran seorang guru takkan nampak dengan benda yang wujud, tapi ganjaran pahalanya berpanjangan selama mana anak anak didiknya mengamalkan ilmu yang diguna.

harap ada juga bahagian aku. harap ada.

-------

dah lama teringin sangat nak jadi backpacker pergi jauh jauh. selalu menyesal bila skrol instagram nampak banyak gambar orang pergi tempat tempat best, sebab cemburu. tapi, tahankan dulu. takpe, nanti ada rezeki kita pergi. kita.

selalu jadikan motivasi yang aku dapat dari program beberapa bulan lepas dengan Pakdi, menanam dulu tujuh tahun. nanti baru tuai. bertepatan dengan salah satu ayat dari surah yusuf. 

biar bermiskin bersusah dulu sepanjang tempoh tu. jadi, sabarkan dulu. sabar.

--------

sejujurnya, sangat payah mahu betul betul move on. 


tengahari, memang waktu makan adalah untuk menulis, bukan untuk makan. duapuluhsatu januari.

Monday, January 19, 2015

sebab aku, si introvert.

bismillah.

"I used to be ashamed of being an introvert. I wanted to be someone else. You see, sometimes it’s hard to explain to other people how it actually feelsto be an introvert. It’s even harder to accept that it’s a part of who you are and especially difficult to communicate this to someone who is not an introvert.

Questions like, “Why don’t you want to go to this party?” or “Why do you look so unhappy around big groups of people?” are sometimes difficult to answer.

After all, it’s not like we don’t enjoy having fun, acting silly, or being around other people. We just want to do it around the right people and more importantly, we need the time to be quiet." - 20 things

setepatnya ia mengena. ini jugalah aku pernah rasa. tidak mudah menjadi seorang introvert. ramai tidak memahami dan kami sendiri payah mahu terangkan kami ini seperti apa jiwanya.

pernah si rakan rumah katakan aku ini suka benar sendirian di bilik. tidak mahu bergaul.

luluh jugalah hati waktu mendengarkan itu tapi ia sukar sekali mahu dibicarakan. bukan tidak mahu bergaul cuma memilih waktu yang benar benar perlu dan tepat. tapi syukur, ada beberapa jiwa yang aku temukan sama.

bila berbicara sama mereka, seperti aku bicara sama diri sendiri. aku boleh menjadi aku bila bersama mereka. indah.

nah, untuk yang mahu mengenal si introvert.



waktu makan tapi tak makan, duapuluh januari.

rezki buat makcik.

bismillah.

aturan rezki, sangat unik jalannya yang ditunjuk Tuhan. semisalnya pagi tadi. sengaja dia membeli dua bungkus nasi dagang di gerai makcik kegemaran, tepi jalan. hajatnya samaada mahu memberi satu ke orang lain atau makan di waktu tengahari. makanan di kafe pejabat, sedikit mahalnya.

waktu dia tengah makan, ada seorang makcik cleaner datang. mahu minta tandatangan di kertas tugasannnya. sebelum makcik datang, dia baru usai berbicara sama Tuhan.

"Allah, andai ada mana mana makcik yang selalu bersihkan kawasan sini datang, alangkah indahnya kalau dapat diberikan satu nasi yang aku belikan ini."

beberapa minit selepasnya, rezki untuk makcik.

"makcik dah makan?"
"belum."
"saya ada beli nasi dagang, dua. makcik nak satu?"

begitulah, indahnya. senyum yang terukir di antara kedua duanya, bawa banyak erti. ertinya, cuma mereka berdua yang merasa. moga Tuhan memurahkan rezki buat makcik makcik sekalian.

jadi teringat pesan ostadz di slot tazkirah waktu di assembly mingguan di dewan besar semalam, apa yang kita ada, kita beri. Allah akan menambahkannya. tidak ada orang jatuh miskin dengan apa yang dia beri. berbuat baiklah sesama, kemudian hal yang baik baik akan datang.

jadi teringat juga, hujung minggu yang lepas. berbicara sama kakak sulong melalui whatsapp. jumaat, dia masukkan duit ke akaun aku. buat belanja emak makan katanya, sempena hari lahir emak duabelas januari yang lepas. selebihnya, bagi emak buat beli tudung. beberapa harinya, kakak bagitahu.

"Allah bagi rezki hari ini. hasil jualan di kedai lapan kali ganda dengan apa yang aku bagi untuk emak jumaat yang lalu."

kakak sulong, seorang peniaga barang pembelajaran kanak kanak. di Batu Caves. begitu dalam, terkesan dengan apa yang dia kongsikan. katanya yang ini, buat aku sedikit bergenang,

"benar belaka janji Allah."


tengahari, duapuluh januari.

Saturday, January 17, 2015

dia dah ada anak dua.

bismillah.

di usia menginjak ke duapuluhtujuh, memang sejujurnya ada satu perasaan sering mengusik jiwa. lagi lagi bila teman teman sekolah zaman hingusan dulu, kebanyakan sudah berkeluarga. sudah ada yang punya anak dua dan aku masih begini, sendiri. tipu kalau aku cakap aku tak rasa apa apa rasa biasa biasa je.

lagi lagi bila teman paling rapat seorang demi seorang, baru melahirkan anak sulong masing masing. impaknya makin besar dan jurang makin dalam, antara sesama. 

untuk bacaan yang baik ini, jazakillahukheir ary. sedikit menyedarkan. untuk hal hal apa pun, pasti terkandung hikmah.

"If Allah has not written for you to marry in your twenties, thirties or forties, that doesn’t mean He’s punishing you or He isn’t able to find you ONE person from the billions on earth. Rather, due to His wisdom and Mercy, He Has delayed for you this blessing in order to give you someone that you deserve and deserves you in return, and at a time that is better than you would’ve chosen."
- bint mohamoud

untuk yang terbaik Tuhan mahu kasi, pasti ia sedikit ambil waktu. mungkin juga dari sudut aku sendiri, ilmunya masih terlalu compang camping. bernikah bukan cuma bernikah, di dalamnya terselirat berbagai hal.

p/s : beginilah bila banyak berfikir. perlu move on. iya, bila dihuraikan ke sini apa yang diperap ianya sedikit meringankan. dah dah, lepas ni fikir hal yang lebih perlu dan penting.

tengahari, lapanbelas januari.

masih single.

bismillah.

adalah sesuatu yang menyakitkan waktu emak tiba tiba datang bertanyakan sesuatu dan sebelum emak berlalu pergi, emak berkata kata seperti ini,

"nanti awak dah kahwin, dah payah. waktu ini je la yang ada."

teringat waktu halaqah beberapa bulan yang lepas, tengah berbincangkan hal baitulmuslim. ada seorang kakak berkongsikan satu hal dan ia amat mengesankan.

"dulu dulu waktu single, menyesal tak beri mak ayah masa secukupnya. memang bila dah kahwin kita takkan ada lagi peluang sama macam kita waktu single. banyak bezanya. masa kita akan lebih terarah untuk suami kita. jadi, nasihatnya untuk yang masih single, berbaktilah kepada mak ayah sebelum berdua. nanti menyesal."

ya, aku masih ingat apa yang kakak itu kongsikan. inilah mungkin salah satu hikmah aku di kerteh sini. masih mampu untuk ulang alik pulang di hujung minggu. perjalanan sejam setengah dari marang-kerteh kerteh-marang serasa sudah makin serasi. bergegas pulang tepat jam empat setiap khamis dan kembali semula sesudah subuh setiap ahad.

cukup buat emak ayah rasa kita ada bersama mereka.

p/s : kadang kita ni lambat untuk mengerti apa apa hikmah yang Tuhan beri. kita lebih cepat melatah tak tentu arah. lama lama bila lebih memahami, kita akan mula rasa betapa kasehnya Tuhan yang tidak ada berpenghujung.

pagi, lapanbelas januari.

Wednesday, January 14, 2015

menghambur tangis.

bismillah.

aku selalu kalau di rumah sewa, curi curi mahu menangis. tak mahu orang tahu. semalam waktu rakan sebilik ke bawah dan cuma tinggal aku sorang, akhirnya tangis yang tertahan sejak tengahari tumpah. deras.

rupanya, agak lama hati mengeras. payah mahu menumpah airmata. katanya, kalau tak mampu untuk menangis, menangislah atas sebab itu tapi aku tak dapat berbuat keduanya. sakit perit rasanya. hidup jadi tak keruan.

selepas puas aku menghambur esak, magisnya segala yang aku perap seolah hilang. rasa ringan. lebih tenang dan pelan pelan aku melupakan. cuba pandang cermin, mata memang orang baru lepas menangis. sedikit macam amoi, sepet. 

lalu, aku ambil buku dan menghabeskan bacaan. untuk tahun baru, sudah dua buku dibaca. 

rakan sebilik masuk, dengan suara serak aku waktu menjawab soalan soalan yang ditanyanya, aku tidak berani mengangkat muka. cuma memandang ke buku dan sekejap sekejap pandang juga wajahnya.

menangis bukanlah bermakna kita lemah dan kerana aku seorang perempuan, emosinya lebih terarah dengan mengeluarkan tangis waktu perasaannya tidak lagi tertanggung. eloknya, hati rasa lebih lapang. rasa Allah lebih dekat. rasa sesuatu yang tak terungkai dengan kata.

takpe syida, Dia ada.


pagi, limabelas januari.

Tuesday, January 13, 2015

kasehnya Dia ke kita.

bismillah.

tak tahu nak cakap macammana. sebelum zohor tadi aku tuliskan entri ni, terus turun surau Allah menenteramkan aku dengan cara paling indah. kalaulah tidak ada orang di situ, pasti aku tidak akan malu mahu menangis sepuas puasnya. membuang segala gejolak rasa, biar semua rasa pergi. melepaskan beban yang difikir.

sekarang pun masih terasa bahangnya. mahu saja melepaskan tangis tapi ditahan dulu. kasehnya Tuhan ke kita. manisnya cara Dia beri. 

waktu sedang menadah telinga mendengar tazkirah dari ostajah, ada satu part tu sangat mengena dengan apa yang aku rasa. katanya,

"waktu Allah beri kekurangan ke setiap kita, hikmahnya Dia mahu menjaga kita. contohnya kita tak cantik, gemuk dan orang tak pandang kita, itu tanda Allah menjaga kita agar tidak ada rasa ujub dengan diri dan merasa diri lebih cantek dari yang lain."

dan waktu tu aku dapat rasa, Allah beri aku tak bercakap banyak aku tak reti nak bergaul, mungkin Allah mahu aku menjaga lisan dari bercakap hal hal yang melalaikan.

begitu, aku sedapkan hati yang berduka. begitu.


petang, empatbelas januari.

aku dan inferior.

bismillah.

ada sesetengah waktu, aku rasa teruk. tak reti nak bergaul dengan rakan rakan sekerja adalah sangat tidak membantu sebab hari hari aku duduk situ dari pagi ke petang. bila ada makan makan atau apa apa, aku rasa sangat inferior. rasa nak makan cepat cepat dan berlalu pergi. tapi, aku tak mahu jadi sebegitu tidak mengenang budi.

hampir setahun aku di sini, payahnya mahu masuk dengan semua orang. rupanya, memang tak mudah mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. mungkin juga pengaruh kondisi.

waktu aku di miri, beberapa minggu aku dah boleh join orang orang sana keluar makan sekali ke mana mana sekali even kadang aku tak berapa nak faham apa yang mereka borak sebab masalah loghat dan bahasa. tapi kenapa dekat sini hampir setahun pun masih payah.

i feel bad. 


tengahari, empatbelas januari.

Monday, January 12, 2015

yang pertama di tigabelas januari.

bismillah.

untuk ruang baru di sini, aku cuba untuk tidak mahu ada draf tersimpan. cuma dua pilihan, samaada aku membuangnya atau aku perlu menuliskan habis dan dipamerkan. tidak akan ada pilihan ketiga, harapnya.

moga tak terlambat, hampir dua minggu menjejak tahun baru dan ruang ini masih kosong berdiam diri. tak mudah rupanya mahu menulis terus terusan. kagum bila baca si Petak Daud yang umurnya lima tahun lebih muda dari aku mahu menulis sekurangnya satu buku setahun. lejen. dan aku, entahla cuma angan angan. tidak berani mencuba walau sekalipun. penakut.

seperti tertulis di instagram aku, aku tidak punya azam yang setepatnya untuk tahun ini. cuma aku sangat mengharap aku lebih disabarkan Tuhan untuk apa apa hal sekalipun. untuk duabelas bulan yang bakal ditempuh, aku tidak tahu apa yang akan aku temukan. cuma dapat rasa, ianya agak sukar (mungkin).

untuk beberapa bulan awal ini, aku mahu sebolehnya melakukan hal hal yang terbaik, terutama buat emak dan ayah. mungkin atas sebab ini, aku rasa mahu pulang setiap minggu ke rumah emak ayah. aku takut aku takkan mampu untuk berbuat demikian lagi, nanti.

sungguh besar rasanya bila mampu memberi senyum ke wajah emak ayah. persisnya sedikit beban di pundak jatuh. puas.

Tuhan, izinkanlah aku.


hampir tengahari, tigabelas januari.