Tuesday, December 30, 2014

hari akhir di tahun duaribu empatbelas.

bismillah.

i;
pagi ini baru nampak matahari. syukur. semoga banjir yang berminggu melanda, surut ditelan bumi airnya. semoga mangsa mangsa yang terkesan dengannya, menjadi lebih sabar dan redha dalam menangkapi urusan urusan mengurus hal rumah selepasnya. semoga hari ini, hari akhir di tahun duaribu empatbelas bakal memberi kita begitu besar impaknya dengan bermacam tragedi yang menyentuh jiwa di sepanjang duabelas bulannya. semoga esok, hari baru di tahun baru bakal membawa kita dengan sesuatu yang lebih menakjubkan dengan rasa rasa insaf yang dibawa dari tahun sebelumnya.

ii;
semalam, aku belajar banyak hal. dari sekecil kecil hingga ke besar besarnya. tengahari, mengadukan kepada dua insan yang aku sayang perihal payahnya nak move on nak let go. yang seorangnya, gigih mencari hal hal berkaitannya lalu memberi aku link hasil yang dia search. attachment. dibaca satu persatu yang sempat, amat mengesankan. seolah olah yasmin mogahed mengerti benar apa yang aku rasai saat itu.

yang seorang lagi, gigih juga bagi aku link untuk aku download satu movie tu. dia kata movie tu bagus tapi sayangnya payah betul nak download benda yang besar besar. kena sabarkan dulu rasa inkuiri tu.

terima kaseh kedua duanya, kalian membuat aku lebih berfikir dan menjiwainya.

iii;
petangnya, selepas pulang dari kerja, aku singgah shell dan isi minyak. dekat situ, ada seorang pekerja lelaki muda tolong isikan. takjub sekejap. kedua belah tangannya tak sama macam kita yang sempurna ada sepuluh jari. jari jarinya seakan bercabang dua. Allahu. sebak rasanya. betapa kadang kita kurang bersyukur dengan apa yang kita ada tapi orang yang tak sesempurna kita lebih merasa syukurnya.

kemudian, aku bergerak ke pasar malam di setiap selasa. membeli cukup dengan apa yang aku suka dan masuk ke kereta. seperti biasa, aku akan duduk berlama lamaan di dalamnya. lama, memerhati. bersebelahan vannya, di belakang khemah baju baju bundlenya, seorang pemuda rukuk sujud solat beralaskan sejadah. moga Tuhan murahkan rezeki mu, bang.


pagi, tigapuluhsatu disember.

Monday, December 29, 2014

move on, let go.

throwback-cameronhighland-september 


"Many years ago, our father Ibrahim (AS) made a choice. He loved his son. But He loved God more. The commandment came to sacrifice his son. But it wasn’t his son that was slaughtered. It was his attachment. It was his attachment to anything that could compete with his love for God. And the beauty of such a sacrifice is this: 


Once you let go of your attachment, what you love is given back to you–now in a purer, better form. So let us ask ourselves in these beautiful days of sacrifice, which attachments do we need to slaughter?"


- Yasmin Mogahed

"kenapa agaknya kita payah nak move on?"
"em, sebab attach terlalu kuat mungkin? sebab itu, jangan terlalu sayang pada sesuatu, momen, orang atau apa apa misalnya."
-umy 

tengahari, tigapuluh disember

Tuesday, December 23, 2014

pandangan yang menjinakkan hati.

bismillah.

melihat insan insan yang indah jiwanya, akan membuat kau serasa sedikit runtun. semisalnya,

selepas keluar dari tandas, makcik cleaner sedang makan nasi goreng di tepi koridor.
masuk ke surau, makcik cleaner sedang bertiduran beralas telekung masing masing.
ustazah dari luar susah susah datang, memberi taujihat kepada pekerja di sini.
emak, tekun di dapur tika anaknya sedang sibuk menyiapkan diri ke kerja.
ayah, cepat cepat membawa kereta ke mekanik waktu anaknya ngadu bumper depan ada skru dah hilang.
kawan kawan, yang selalu ada waktu diperlu.
pakcik, berhujanan gigih menunggang motorsikal demi sesuap nasi.
pak ustaz, tak jemu setiap pagi ketuk mikrofon membacakan kami doa doa minta dimudahkan segala urusan kami dunia akhirat.

waktu Tuhan mahu tunjukkan kita sesuatu, Dia akan halakan jalan paling berhikmah untuk kita mengambil iktibar dari setiap satunya. cuma kita, memandangnya secara bersahaja atau memandangnya dengan sekelumit hati.


petang, duapuluhempat disember.

Monday, December 22, 2014

"saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya."

bismillah.

aku bukan mahu dianggap sombong, apatah lagi seperti orang orang yang tidak bergaul dan cuma membuat hal sendiri sendiri.


entah. aku rasa kadang manusia payah untuk jujur. di depan kita lain dan di belakang kita lain. sepertinya, ia sangat sulit untuk difahami dan aku lebih memilih untuk tidak banyak bercerita sebab rasa percaya aku dengan orang orang sedemikian adalah sangat tipis.


sangat penting dalam menjaga kerahsiaan. tak semua orang yang kita boleh percaya, yang ada cuma boleh dibilang dengan cari. ataupun lebih teruk, cuma seorang dua sahaja. bayangkanlah, sebegitu sukarnya atau aku yang menyukarkannya?


terpulang.


“It's not that I don't like people. It's just that when I'm in the company of others - even my nearest and dearest - there always comes a moment when I'd rather be reading a book.” 
― Maureen CorriganLeave Me Alone, I'm Reading: Finding and Losing Myself in Books


aku paling senang bercerita dengan orang yang aku paling percaya. ia membuatkan kita rasa selamat. kita tahu dia akan menyimpannya kemas seperti kemasnya kita menyimpan rasa percaya terhadapnya. 


“Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.” 
― HamkaDi Bawah Lindungan Ka'bah


cuma satu, bila orang datang bercerita ke kita, adalah sangat penting kita tidak pula menyebarkan ia ke orang lain. simpan sendiri sendiri. jangan biar kepercayaan itu hilang, sekali ia pergi ia takkan ada yang tinggal lagi.



pagi, duapuluhtiga disember.


Sunday, December 21, 2014

butang 'share' yang membingungkan.

bismillah.

ini keenam aku menconteng di sini, rasanya lebih tenang. tanpa ada follower tanpa ada viewers yang tinggi, tidak seperti sebelumnya. aku jadi takut takut mahu melontar apa yang aku mahu, rasa macam ada banyak mata yang memandang. aku jadi lebih memikirkan apa yang difikir orang dengan apa yang telah dibacanya dari memikirkan hal aku sendiri.

sejujurnya, aku mahu menjadi aku di sini. tapi masih dalam berhati hati. runtun juga hati waktu membaca perbincangan di group whatsapp tentang hal yang berlaku baru baru ini. perihal satu artikel yang sepatutnya hanya untuk bacaan tertutup tapi tersalah sebar hingga menjadi viral secepatnya.

membayangkan aku berada ditempat si penulis (sebab aku mengenalnya dan pernah duduk satu kumpulan dengannya di satu program dulu dulu), mungkin merasa kesal dengan apa yang telah terjadi tersebab ia melibatkan pihak yang lain. itu tulisan asal dan sepatutnya dia mahu mengeditnya sebelum disebar sebarkan. 

sama kesalnya dengan salah seorang ustaz yang aku sangat mencintai tulisannya hingga dia beberapa kali menulis perihal tersebut di blognya. kejadian tulisannya di print screen dan disebarluaskan padahal ia cuma ditulis di satu komen tertutup. kesalnya hingga menutup terus beberapa akaun laman mayanya yang punya ramai pengikut dan ia adalah satu kerugian buat aku yang selalu mengikuti tulisannya.

begitulah besarnya kesan dalam kita leka menekan butang share sebelum kita berfikir lebih dalam atau paling kurang, meminta izin dari penulis asalnya terlebih dahulu.

kita ada adab untuk berkongsi maklumat, agar ia sampai tak bertukar menjadi darurat.


petang, duapuluhdua disember.

melepaskan.

bismillah.

dalam hidup ada banyak hal yang kita perlu lepaskan walau sedalam mana pun sayang kita terhadapnya. memang tak semudahnya, memang.

tapi, selagi kita berpegang kepadanya hingga menyakitkan kita sendiri, ia seolah olah melakukan hal hal bodoh. 

“It hurts to let go. Sometimes it seems the harder you try to hold on to something or someone the more it wants to get away. You feel like some kind of criminal for having felt, for having wanted. For having wanted to be wanted. It confuses you, because you think that your feelings were wrong and it makes you feel so small because it's so hard to keep it inside when you let it out and it doesn't coma back. You're left so alone that you can't explain. Damn, there's nothing like that, is there? I've been there and you have too. You're nodding your head.” 
― Henry RollinsThe Portable Henry Rollins


kalau melepaskan adalah sesuatu yang mudah, pasti hidup kita lebih tenang. takkan ada ramai yang menderita sakitnya melepaskan.

“Was it hard?" I ask.
Letting go?"

Not as hard as holding on to something that wasn't real.” 
― Lisa Schroeder


ajarkan aku, untuk melepaskan?


pagi, duapuluhdua disember.

Saturday, December 20, 2014

dzilal & ed (i).

bismillah.

dzilal merenung ke luar jendela. jauh pandangannya dilempar. hampir lupa siapa yang ada di sampingnya.

"kau dah banyak berubah."

"aku masih sama, macam dulu."

"tak, kau dah lain."

diam, dzilal malas menyambung perbincangan. ed mengeluh, dia dapat rasa ada sesuatu.

"kau tak nak cerita ke aku?"

"tentang?"

"kau."

"kenapa kau rasa aku perlu bercerita?"

"sebab aku sayang kau."

diam, lagi. dzilal tahu dia takkan dapat mengelak. dia dan ed sudah terlalu rapat, terlalu mengenali. 

"nanti aku cerita okay? beri aku ruang."

"kalau itu yang kau mahu."

"maaf."

ed pergi. dzilal masih menatap sepi. hatinya kecamuk. dia memilih untuk berdiam diri.


tengahari, duapuluhsatu disember.

bau hujan.

bismillah.

di luar kedengaran hujan, lebat. musimnya sudah tiba. semalam dari pagi hingga petang hujan tak henti. aku cuma duduk diam diam di bilik. menikmati sejuknya hujan. sambil membelek beberapa buku yang diletak di tepi katil.

“I just love watching the rain falling off to the ground, pouring from the roof, kissing all the leafs and seems like the wind entice me to get wet.” 
― Jhona Beybeh


kata orang, kalau suka hujan kenapa waktu ia turun kita lantas tergesa gesa mencari dan membuka payung? berlindung darinya dengan segenap rasa.

aku selalu menginginkan hal yang sebaliknya. membiarkan aku dibasahlencunkan dengan air hujan yang galak jatuh. tapi sayangnya, selalu sukar untuk berbuat sedemikian.

hujan.


tengahari, duapuluhsatu disember.

Wednesday, December 10, 2014

pengalaman dua tahun yang akhirnya memberkas untuk selama lamanya.

bismillah.




gambar ini adalah bukti untuk kali pertama aku memulakan kerjaya selama bertahun tahun lamanya mengadap buku buku ujian ujian penilaian projek projek subjek yang sehingga akhirnya aku dapat naik pentas dengan rasa syukornya. 

selepas selesai semua hal hal berkaitan dengan projek akhir tahun akhir semester, aku cuma ada sehari untuk memindahkan barang barang ke rumah sewa dan bersedia untuk memulakan semuanya di esok hari.

cuma sehari, dan aku mula berkerja.

dua februari duaribu duabelas, hari pertama aku melaporkan diri. sek ren islam al amin wangsa maju (sekarang dipanggil dengan nama lain, sek ren islam al amin wilayah persekutuan).

aku tamat tempoh menumpah segala keringat di sana, duapuluhlapan februari duaribu empatbelas. genap dua tahun.

begitulah, kisah aku di awalnya. harapnya aku cukup memori mengingat kembali hal hal sepanjang tempoh dua tahun untuk dituliskan kembali. biidznillah.

gambar, menyambut merdeka dan disekalikan dengan raya semasa menjadi guru kelas tahun dua. akhir ogos duaribu tigabelas. dinding di belakang, seingat aku baru sahaja dicalit cat baru dan akulah yang mengecatnya sendirian. masing masing kami ditugaskan mencantikkan kelas yang dipegang. begitulah, pengorbanan seorang guru aku rasa.

petang, sebelas disember.

dimulakan dengan sesuatu yang baharu, harapnya.

bismillah.

ini, yang keempat. sebelumnya, cuma satu aku pamerkan dan yang lain aku simpan kemas. aku mahu bermula dengan sesuatu yang baharu dan aku mahu (sungguh) menulisnya dengan sejujurnya.

waktu menulis ini, mataku bergenang entah kenapa. aku selalu merasakan berapa banyak hal yang aku mahu kongsikan tidak mahu simpan sendirian dengan harapan ia akan menumbuhkan biji biji kebaikan kepadaku kelak. waktu aku sudah tidak ada di dunia yang penuh kepura puraan ini.

aku senang menjadi aku waktu aku menulis. memilih nama apa untuk diletak sini, memilih alamat apa yang aku paling selesa dan akhirnya aku pilih nama pena aku di lain lain laman. itulah, membuat aku lebih selesa. harapnya.

aku selalu mahu ada sekurangnya sesuatu waktu aku pergi. aku paling lemah dalam menyampaikan secara lisan lalu aku memilih ini, menyampaikan dalam diam. cukuplah dengan apa yang aku ada agar aku tak ketinggalan jauh terkebelakang.

ini, cuma aku mahu sampaikan kenapa aku memulakan yang keempat. dan, bismillah. mari kita mulakan?

harapan, istiqomah.


petang, sebelas disember.