Sunday, December 27, 2015

perkongsian yang aku kira, serius.

untuk akhir tahun 2015 dan awal tahun 2016, membuka perjalanan baru buat aku dan Amer. menyelesaikan dua hal yang besar dalam waktu yang sama, adalah tidak semudahnya dan kedua duanya memerlukan bajet kewangan yang agak besar. persiapan rumah baru dan persiapan untuk bersalin.

syukur, mak mertua mengizinkan kami untuk membina sebuah rumah kecil di sekangkang tanah di belakang rumahnya. ruang yang ada cukup untuk sebuah keluarga kecil kami. cukuplah buat berteduh dengan ruang kami sendiri. banyak hal yang perlu dilakukan dari sekecil kecil hal hingga ke besar besarnya. syukurlah Allah permudahkan setiap satu persatu. doakanlah ia siap di pertengahan januari nanti. doakanlah.

beberapa hari yang lepas, kepala agak pusing. memikirkan seolah olah masih ada banyak hal yang belum diselesaikan. untuk persiapan menerima anak kecil, kami cuma baru membeli beberapa helai pakaian buatnya. 

perlu membuat perkiraan untuk semuanya sebab setiap satunya memerlukan duit. semalam aku benar benar menyedari satu hal penting yang dirasa sangat perlu untuk dikongsi bersama yang lain.

mulakanlah membuat simpanan seawal mungkin. biar pun sedikit yang kita mampu, letakkan siap siap jumlah bahagian gaji untuk disimpan ke dalam satu akaun asing yang sebolehnya yang kita tidak boleh cucuk di atm sesuka hati. dapat gaji, ambil duit dan simpan terus. jangan ditangguh tangguh. paling kene kuat, jangan gunakan simpanan tersebut untuk hal hal remeh kecuali memang itu sahaja jalannya.

entahla, bila dah bernikah dah mula mahu menimbang anak kecil, ada banyak hal yang kita perlu pertimbangkan. terutama hal kewangan. beringatlah sebelum waktunya tiba dan selebihnya, berdoalah selalu agar Allah memudahkan segala hal.


sore; duapuluhdelapan disember.

Tuesday, December 15, 2015

catatan seorang bakal, ummi. (inshaAllah)

bila kau merasai sendiri segala tiap satu hal pertama seawal kehamilan hingga ke akhirnya, baru kau tahu menilai betapa tak terhitungnya pengorbanan seorang ibu.

dari fasa pertama, dengan mual mual tak henti dan kadang muntah muntah. yang bekerja dengan menaiki perkhidmatan awam juga sangat mengujikan. pernah kawan sepejabat menceritakan dia hampir hampir menumpahkan muntah yang ditahannya ke seorang lelaki sebab dah tak mampu nak tahan. akhirnya, dia berlari keluar stesen yang hampir dan terus menumpahkannya ke tandas. kau alah pada bau bau. jiwa sangat sensitif walau untuk sekecil hal sekalipun. kau tidak punya selera makan, ambil sedikit makanan sekadar mengisi perut. kau terasa sangat malas, mahu berbaring tidur sahaja sepanjang waktu. setiap malam hampir dua tiga kali kau berulang alik ke tandas. pundi kencing seolah olah sentiasa penuh dan mahu mengenyahkannya cepat cepat. bila kau berbaring dan mahu sambung tidur semula, kau hampa sebab mata sudah hilang kantuk. akhirnya, subuh menjengah.kau jadi berat mahu bersiap ke kerja sebab kau tidak tidur secukupnya untuk melalui seharian di tempat kerja.

fasa kedua lebih nyaman rasanya. sudah kurang mual mual dan selera makan sudah membaik seperti sedia kala. jiwa masih sensitif. masih berulang ke tandas setiap malam tapi sudah berkurang menjadi satu dua kali. cumanya, kau mula akan melalui gangguan tidur yang lain, sakit di bahagian pinggul, belakang dan pinggang. kata jururawat di klinik kesihatan, ia tersebab dalam kandungan makin membesar dan ia menekan kawasan 
kawasan tersebut. kau menghadapi kesulitan untuk bergerak ke kiri atau ke kanan, rasanya nyeri sekali. akhirnya, kau akan cuma tetap pada satu posisi dan tidur dengan sebegitu sahaja. kekejangan juga makin kerap berlaku. betis seolah olah ditarik rakus. kau menggeliat kesakitan. pergerakan makin lambat, menahan nyeri di pinggang. 

dan akhirnya, untuk fasa ketiga. masih sabar menantinya. hasil bacaan, sakit di bahagian bahagian di fasa kedua makin ketara. gangguan pundi kencing kembali seperti di fasa satu. 

untuk kesemuanya, syukur atas nikmat yang Allah kurnia, seorang suami yang sangat memahami dan sangat ringan tulang membantu segala hal. tolong basuhkan sidaikan lipatkan baju baju, kalau terlambat tolong ironkan baju dan tudung ke pejabat, tolong urutkan bahagian yang sakit hampir setiap malam walau sepenat apa pun
dia, tolong masakkan makanan dan buatkan air. kalau boleh dia mahu membantu untuk melakukan semuanya yang dia termampu. 

lalu tanyakan, bagaimana untuk tidak jatuh cinta berulang kali kepada seorang lelaki yang bernama Amer ini? syukur untuk semuanya, semuanya. ya Rabb, berkahi hidupnya setiap waktu. aku telah menyaksikan bagaimana dia memperlakukan ibunya, adik adiknya dan aku, dengan cara paling baik.

tengahari, enambelas disember.

Sunday, December 13, 2015

duapuluhenam.

di minggu ke duapuluh enam;

masih ada yang ragu ragu. teringat hal minggu lalu, ditanya oleh rakan sepejabat berbangsa cina dan dia betul betul jujur dengan bertanyakan satu hal.

"you pregnant ke?"
"oh aah."
"i ingat you gemuk."

aku dah agak dapat respon macam tu. HAHA. aku rasa mungkin sebab aku suka pakai baju besar atau mungkin baby bump tak nampak ketara sangat. lagipun, okay jugak macam tu. aku ada skrol facebook, terbaca satu artikel. katanya baby bump ni pun aurat juga, jangan suka tayang tayang sangat. 

sebab itulah aku rasa bila aku naik tren takde siapa pun nak beri aku tempat duduk walau waktu tu memang aku tak larat nak berdiri lama, sakit pinggang. bila dapat duduk sebab ada tempat kosong tu, rasa nikmat sangat dah.

untuk beberapa waktu ni, Amer yang hantar aku. membonceng. sebab aku tak larat sangat nak redah satu jam drive dengan naik tren. lagi satu, dengan kenaikan tambang lrt lagi. rasa terbeban jugalah kalau nak letak bajet RM200++ setiap bulan semata untuk itu.

apa hal pun, semoga semuanya baik baik saja.

sore, empatbelas disember.

Sunday, November 22, 2015

hati tisu.

ada satu tahap, kau dah tak mampu nak bertahan dan yang ada cuma sekeping hati tisu yang sekecil kecil hal pun, tidak ada kata yang mampu keluar tapi yang ada cuma,

air mata.


tengahari, duapuluhtiga november.

Wednesday, November 11, 2015

indah.

mula mula rasa ada sesuatu bergerak gerak dekat dalam, rasa pelik sangat. pelik tapi indah. begitu komplikatednya. 

sekarang dah mula rasa banyak gerakan dan makin kerap. masih rasa pelik. pelik tapi tersenyum setiap kali merasanya. begitu komplikatednya.

membesarlah dengan keberkahan, wahai anak.


sore, duabelas november.


Tuesday, November 10, 2015

hajat.

untuk beberapa bulan ke depan sebelum aku melangkah ke satu fasa yang lain, aku ada sesuatu yang aku nak buat.

menghadirkan diri ke majelis majelis ilmu terutama tentang keluarga, bagaimana mendidik anak anak.

ilmu aku cetek sangat, aku perlukan sedikit pengorbanan untuk menambahnya. harap yang dekat dalam ni pun boleh dengar dan belajar sekali. dulu dulu masa tak matang sangat lagi, ada pasang impian oh nak ada anak waktu belajar. haha

impian je lah tapinya. dah terlepas waktu tu, gantikan dengan hal hal lain yang masih dalam konteks belajar. lagipun, belajar takkan pernah habis kan.

semoga Tuhan mengizin dan memudahkan hajat aku yang satu ini. 


sore, sebelas november.

Tuesday, November 3, 2015

senak.

asak kepada rakyat rakyat marhaen makin menggila. sebelum ini aku rasa juga tapi kali ini ia seolah olah makin senak. minyak naik, aku rasa. tol naik, aku rasa tapi sedikit sebab laluan aku pagi-petang tidak ada tol. tambang lrt naik, yang ini aku memang rasa sangat sebab aku lima hari seminggu pagi-petang menggunakan lrt.

bayangkan, dari tambang RM4.20 sehari ke RM7. kiralah sebulan, berapa yang aku perlu tambah. tak masuk lagi bayaran parking kereta, RM4 sehari.

ya Tuhan, kami makin dizalimi pemimpin pemimpin kami sendiri. baru tadi aku dengar tazkirah di surau tentang pemimpin. Rasulullah saw, kalau ada orang yang kenyang dia adalah orang yang terakhir yang akan kenyang. kalau ada orang lapar, dia adalah orang yang pertama yang akan lapar.

bagaimana jenayah tidak menaik, ramai yang terdesak. mahu bagi anak anak, isteri makan minum tapi tidak punya apa apa. jalan terakhirnya, dia punya cara apa lagi?

semuanya naik tapi gaji masih sama, adilkah? jawablah kalian wahai pemimpin di sana kelak, jawablah kalian atas setiap satu tindakan kalian, jawablah nanti.


rakyat marhaen,
sore empat november.

Monday, October 19, 2015

tahukah apa yang paling sukar?

menjadi bukan dirimu sendiri, 
semata mata untuk membaikkan kondisi dalam semua hal.

ia seolah olah dipaksa,
rasanya nyeri.


sore, sembilanbelas oktober.

Monday, October 12, 2015

ajarkan aku supaya tidak lagi menjadi, introvert?

menjadi seorang introvert, selalu membuat aku melalui kesukaran. tidak mudah bergaul, tidak banyak bicara (lebih tepatnya, tidak tahu mahu bicara apa). itu yang sedang aku lalui sekarang, tinggal di rumah mertua bersama kakak kakak dan adik adik ipar, tidak semudahnya bagi aku.

di awal awal, aku masih okay. lama kelamaan, aku mula merasa kejanggalan yang amat. lebih banyak menghabiskan masa di bilik sendiri. jarang jarang mahu keluar berborak. aku masih belum dapat menyesuaikan diri. entah, ia terlalu sukar. beberapa kali juga, aku menangis. aku merasa tidak bebas, terperap. aku mahu ada ruang sendiri.

pernah beberapa kali aku cadangkan ke Amer untuk tinggal di rumah sewa. tapi aku tahu dia berat benar mahu berbuat demikian, dia ada tanggungjawab besar yang tergalas di bahunya setelah ayahnya meninggal. aku dapat melihat itu dari berbagai sisi dan dia telah benar benar berbakti kepada ibu dan adik adiknya.

semalam di surau, waktu tazkirah zohor ada ustaz sebutkan satu hal. berulang kali. katanya, isteri yang solehah adalah isteri yang membantu suaminya menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya. ia benar benar buat aku tersentak. lama aku merenung diri.

aku kira, mungkin kesilapannya dari aku. aku tahu Amer sudah membuat segala hal yang terbaik agar aku tidak merasa janggal tinggal di situ. 

pernikahan bukanlah cuma antara kita dan pasangan, tapi ia melibatkan semua hal. mungkin caranya, bagaimana kita mendepani kekurangan yang kita ada dengan memahami kondisi yang sedang kita lalui. 

ia bukan cuma hal hal kita sendiri, lagi.


tigabelas oktober.

Wednesday, September 30, 2015

perjuangan yang baru.

memulakan perjuangan yang baru tidaklah semudahnya. aku mula merasakan begitu takjub dengan kekuatan yang ada pada para ibu semuanya. 

menutup hari akhir di september dengan penuh berharap akan ada keajaiban yang berlaku, 
untuk kesemuanya.

dan oh, aku masih struggle dalam menerima hal hal baru dalam hidup, untuk waktu ini.


sore, akhir september.

Wednesday, August 12, 2015

perjalanan yang memenatkan dan masharakat yang tenat.

aku tidak tahu mahu mulakan yang mana dahulu. berselirat, tidak jumpa yang mana pangkal yang mana hujungnya. yang aku tahu, ianya terlalu penuh. terasa padat. tapi sayangnya, ia tidak mahu keluar diterjemah dengan apa apa hal sekalipun.

i;
sebulan lebih sudah keberadaan aku di sini. berpergian saat matahari segan segan mahu menyinar dan berpulangan saat matahari perlahan lahan mahu tenggelam. awal awalnya aku sedikit kepenatan dengan perjalanan yang hampir sejam lebih waktu jalan tersangkut sangkut. kepenatan berjalan dari stesen lrt ke pejabat. mungkin sebab kepenatan kepenatan inilah membuat aku rasa begitu tekad untuk mengajak Amer berjogging di hujung minggu. badan aku tak fit, cepat mengah. sebab dah lama sangat tak exercise. 

pertama kali pergi ke Taman Layang Layang Kepong, aku lebih banyak berjalan dari berlari. kali kedua, kami berlari sekejap dan tiba tiba kaki Amer sakit tapi dia usaha juga berjalan sampai habis satu pusingan. kali ketiga ke FRIM, luas sangat tempat dia. tak sempat nak round semua tapi rasa macam dah boleh berlari lama sikit. aku pernah baca, awal awal jangan paksa diri. buat step by step. permulaan mungkin lari dalam 10 minit kemudian hari lain tambah lagi dan tambah lagi.

part makan aku rasa macam susah sikit nak kawal. aku bukan nak kuruskan badan tapi cuma nak jadi fit. tapi kalau dah nak fit tu haruslah berat pun kene fit kan. aku dah penat untuk penat. moga istiqomah.

ii;
aku melihat keparahan masharakat kita dengan gajet masing masing. hampir sejam setiap hari aku dalam lrt, aku rasa nak menangis bila memerhati orang orang sekeliling. dua kali aku perhati, yang tengah mengandung tidak dipedulikan mereka yang duduk sebab semuanya tidak mengangkat muka memandang kanan atau kiri. semua sibuk memandang skrin hp tablet di tangan. tidak ada yang bangkit memberi ruang untuk yang sedang mengandung itu mengambil alih tempat duduknya. berdirilah mereka hingga sampai ke destinasinya.

masharakat kita sudah terlalu tenat.


sore, duabelas augustus.

Wednesday, July 22, 2015

masih.

aku;
masih lagi sedang berjuang untuk membiasakan diri dengan segala hal dan aku tak pasti bila aku akan benar benar menerima kesemuanya.

ya, payah.


sore, enam syawal. level enampuluhdua.

Sunday, June 21, 2015

hari lima Ramadhon.

Perasaan geram membuak buak di dada, dipeluk kejap, mulut diketap kuat kuat agar tidak ada patah kata buruk yang keluar. Mengingat orang yang menang adalah orang yang menahan sabarnya, terlebih di bulan Ramadhon yang penuh mulia, ditahan tahan juga. Mulut manusia, memang payah mahu dijaga. Ilmu membukit tinggi, menghafal seluruh AlQuran pun bukan tiket untuk kita memandang rendah hina terhadap orang lain.

Kadang ada rasa syukur waktu Allah memudahkan segala hal pertukaran aku ke Kolumpo awal julai nanti. Seberapa lama pun aku di Kerteh sini, tetap merasakan tempat aku bukan di sini. Ada banyak hal yang perlu didiamkan sendiri, di rumah di pejabat.

Aku sangat memerlukan kepada tarbiyyah dzatiyyah sepanjang keberadaan aku di sini. Aku tidak mahu mengulas panjang tapi cukuplah aku katakan, yang bergelar akhawat itu tak sekadar ke program program Jemaah, menjadi ajk dalam biro bironya, ataupun selalu menyahut aktiviti kesukarelaan, tapi yang paling penting yang perlu dijaga adalah hubungan kita dengan Allah.

Tidak mahu membuka keaiban sesiapa atau mahu merasa diri terlalu suci baik hati, tidak. Ini lah yang membuat aku jadi rindu dengan suasana bersama akhawat di Gombak, dulu dulu. Aku selalu kalah dengan mereka dalam beramal. Mereka betul betul memaknai jiwa yang fastabiqul khairat. Kadang, aku yang malu sendiri merendah diri. Jauh sekali perbezaan dengan mereka.

Hubungan dengan Allah, itulah tunjangnya. Jika itu baik, pasti yang lain lain pun mengikuti.


pagi. duapuluhdua juni.

Tuesday, May 19, 2015

lapanbelas hari.

rutin baru sejak bernikah dan berhubung secara jarak jauh, sebelum tidur, akan ada orang yang telefon. perbualan tentang hal hal harian.

malam tadi, waktu kami tengah berborak, dia minta izin sekejap, tiga minit. lepas dia dah kembali, aku tanya kenapa.

"sujud syukur."

"sebab?"

"dapat zaujah solehah."

terus rasa sebak. tapi cuba sembunyikan agar tak terdengar tangisan. mata berair. untuk lapanbelas hari menjadi seorang isteri kepada megat amer, syukur untuk semuanya. syukur.


pagi, duapuluh mei.

Sunday, April 19, 2015

aku cuba menuliskan ini dan bawakan hati aku sekali.

mahu menulis indah seperti Ary, seperti Umy, seperti Tiya, seperti Renja Hijo tapi semuanya tidak ada lagi. iya, selalu menginginkan jadi indah seperti itu. tapi tidak ada lagi.

hari itu, lama aku termanggu. beberapa kali aku menulis dan beberapa kali juga aku memadam balik. akhirnya, aku jadi malas. aku tahu ada yang tidak kena. aku tahu.

aku jadi malu pada tulisan tulisan aku yang dulu. pernah aku bacakan kembali tulisan di Perjalanan Mencari Tuhan (yang sudah lama aku bekukan), hati aku jadi runtun sendiri. 

"begitukah aku yang dulu?"

--------------

aku tidak pasti sebenarnya apa yang akan aku lalui selepas dua mei nanti. masih samar tapi aku cuba meletakkan sepenuh yakin bahwa dialah orangnya. yang sanggup ke mari beratus kilometer, terus datang ke rumah dan itulah pertama kali kami bertemu muka.

aku cuba meletakkan sepenuh yakin tatkala Allah membukakan jalan semudah mudahnya. pernah satu hari, aku menangis mengingatkan kaseh Allah atas segalanya. segalanya. 

untuk pasangan teman baik aku, entah ucapan apa yang selayaknya buat kalian berdua dalam menguruskan segala hal dalam menyatukan kami. yang sanggup ke mari beratus kilometer, menjadi perantara sedang waktu itu si isteri sedang sarat. yang sanggup ke mari beratus kilometer, meneman dia menyelesaikan hal hal akhir sedang waktu itu beranak kecil. 

semoga Allah menganjari kalian dengan sebesar besar ganjarannya.

--------------

untuk kamu (walaupun aku tahu kamu tidak akan membacakan ini),

sungguh, aku banyak celanya banyak dosanya. aku cuma mahu kamu membawa aku ke Tuhan dengan penuh rasa berTuhan. 

jangan bosan nanti kalau aku selalu meminta waktumu meneman aku berlama lama di toko toko buku kegemaran. rumah kita seharusnya nanti terpenuhi dengan kondisi yang diredha Allah.

cukup belikan aku buku untuk membujuk aku kalau aku merajuk. aku tidak mahu meletakkan sebarang syarat yang memberatkanmu, cukup untuk kita nanti saling melengkapi antara satu sama lain.

untuk kamu,

jangan pernah meletakkan begitu besar pengharapan kepada aku. jangan sesekali. 


sore, sembilanbelas april. duabelas hari, lagi. 

Tuesday, April 14, 2015

yang benar, orang yang rindu untuk menulis, lagi.

entah mahu diterjemah seperti rasa kecamuk yang ada. rindu mahu menulis tapi langsung seperti 'rasa' nya hilang. pernah beberapa kali jadi sebegini. selalunya sebab aku sendiri yang 'tidak beres' atau terlalu banyak berfikir atau tenggelam dalam kesibukan atau ketandusan idea atau tersebab tidak banyak keluar dari kondisi yang ada.

begitulah mungkin antara alasan alasan yang boleh aku andalkan. 

tapi, ia seolah olah merasa sakit di dalam. sungguh, tidak ada patah kata yang dapat membenarkan rasanya apa. 


yang benar,
orang yang rindu untuk menulis, lagi.

tengahari, training, limabelas april.

Saturday, April 4, 2015

"ikatan paling dalam, paling kuat dan paling langgeng."-Sayyid Quthb

dua hari yang agak meletihkan tapi rasa bahagianya. alhamdulillah 'ala kulli hal. entah patah kata apa yang bisa meluahkan perasaan ini. 

berjumpa dengan bekas rakan rakan sekerja, rakan rakan sekerja sekarang yang berada di pejabat induk, bertemu akhawat, berpelukan dengan teman teman champak, singgah sebentar di tempat yang dirindu (uia, kinokuniya). ahh! rasa puas sekali melakukan banyak hal dengan cuma waktu sebentar yang Tuhan kasi. syukur.

mendengar nasehat dari akhawat yang telah melalui fasa fasa awal pernikahan dan sedang melalui fasa fasa menerima kehadiran baru si anak kecil, sangat membuat aku rasa,

"Tuhan, inikah yang sebenar benarnya yang mahu Kau berikan?"

syukur, diijinkan menyampaikan sendiri kad jemputan ke kolumpo sana. aku duduk di sana lama dan teman teman aku lebih ramai di situ. merasakan sangat perlu sendiri menyampaikan berita bahagia itu, cuba juga untuk ke sana dan Allah memudahkan segala hal.

sebenarnya, tak mudah juga menyimpan semuanya sendirian. mujur ada beberapa teman rapat yang sedia meluang masa berkongsikan hal hal sebegini. memberi nasehat dan pandangan bila aku perlu. 

untuk kalian yang masih sudi membacakan aku di sini, aku menjemput kalian ke majelis pernikahan aku yang kurang sebulan lagi waktunya. aku sangat mengharap, doa doa dari kalian.

aku sangat menghargai kisah yang ada di sebalik kad yang ceria macam pelangi (bak kata kawan sekolah aku) ni. ada tulisan khat yang ditulis sendiri oleh pihak lelaki. 

begitulah indahnya aturan Tuhan, aku suka khat tapi aku tak pandai nak tuliskannya sendiri. lalu, Tuhan hantarkan dia. syukur 'ala kulli hal.

lagi sekali, doakan kami.


pagi, lima april.

Saturday, March 28, 2015

sebelum bercakap, fikir dulu. kalau rasa benda tu okay, baru cakap. kalau tak, just shut up.

manusia selalu bercakap sebelum berfikir. islam tu dah indah sangat ajar kita bercakap hal hal yang bermanfaat, kalau tak, sebaiknya diam sahaja.

kenapa suka tanya hal hal yang kita tahu ianya sensitif kepada orang yang ditanyakan?
tak boleh ke kalau kita diamkan sahaja?

mungkin sensitiviti dalam hati setiap kita lain lain barangkali. ada yang lembut penuh perasaan dan ada yang keras takde perasaan langsung. tapi sekurangnya kita cuba untuk memahami sesama kita kan.

dulu dulu kalau orang tanya aku bila nak kahwin, lepas orang tu pergi mesti aku rasa sesuatu yang sakit sangat dalam sini. kalau kahwin semudahnya bagi setiap orang. tapi jalan kita Allah dah buat lain lain. ada yang dimudahkan, ada yang Dia nak uji sikit. 

sebab aku pernah rasa sakitnya perasaan bila ditanya seperti itu, aku sedayanya akan cuba tak tanya soalan macam tu kepada orang lain. aku tahu sakit tu macammana.

people, grow up please.


petang, duapuluhsembilan mac.

Tuesday, March 10, 2015

ini adalah tulisan random yang tiba tiba je aku rasa nak taip.

dah lama tak membebel. sebab tak sempat. masa macam pedang betul betul minggu ni. asyik nak memenggal aku. kadang aku pun rasa lemas. mujur tak mati sebab asyik kena penggal. 

pagi tadi aku dapat emel dari bos sini. siapa yang tak datang monday assembly yang lepas kena bagi sebab kenapa.

aku macam, "okay, ini macam budak sekolah pulak siap kena tulis sebab."

lols. sebab aku tak pergi hari tu, aku ada meeting dan ada banyak benda lagi belum setel. tak terkejar. rasa nak belah badan jadi banyak. satu pergi situ satu pergi sini. rasa nak jadi naruto pun ada. boleh duplicate diri sendiri jadi banyak. 

-------

'ala kulli hal, alhamdulillah syukur. Allah membantu di setiapnya sampai aku rasa macam nak nangis situ gak. Allahu.

ini kot sejak setahun lamanya rasa sangat sibuk. datang awal matahari tak keluar lagi. balik matahari dah hilang. yang syukurnya dekat sini aku takda nak pening sebab perlu harungi jalan jam ke apa. sepuluh minit dari rumah drive dalam 80km/j boleh rilek rilek je sampai ofis.

dah kahwin nanti, please kita stay dekat kerteh je? (harapan untuk masa depan.haha)

-------

semalam 10/3/2015, genap setahun aku di profesi ni. aku rasa aku banyak belajar benda baru. banyak nak kena adapt lagi lagi dengan environment yang berbeza sangat dengan kerja bersama ikhwah akhawat semua.

tak nak tulis banyak, cukup syukur untuk semuanya.


tengahari, sebelas mac.

Sunday, March 8, 2015

sebenarnya, kita cuma perlu melalui hal hal yang menyulitkan dengan perasaan yang penuh berserah kepadaNya. cukup itu.

kadang kita lambat nak nampak apa yang Allah dah aturkan untuk kita sebab kita suka fikir hal hal yang menyulitkan. membuat kita jadi tak keruan. berkeluh kesah berfikir di luar alam.

padahal, semuanya dah Dia aturkan dengan sebaik baik hal. cuma tunggu kita untuk ambil ibrah dengan cara yang paling indah dan menakjubkan.

aku hampir menitiskan airmata melihat kembali kisah aku semalam dan hari ini. iya, berulang kali aku memberitahu diri sendiri agar kuat melakukan segala hal sendirian. tapi ada waktu yang lama kita tahan di hati, jadi sebal dan berubah menjadi sebak. ada beberapa tetes airmata yang jatuh tanpa diduga.

banyak hal di sini mengajarkan aku untuk menjadi perempuan yang lebih kuat.


meeting, training. tengahari, sembilan mac.

Sunday, March 1, 2015

bagaimana caranya aku diajar Tuhan untuk mengerti beberapa hal di dalam hidup ini.

aku terhenti lama di satu blog dan aku bacakan post post yang tertulis sampailah di post yang bertajuk abah, 23 feb 2012.

aku baca semua post dari yang latest ke older posts sambil makan kerepek ubi sambal di meja diam diam sebab semua orang dah pergi keluar lunch.

tapi sampai part abah, aku terhenti. simpan kerepek dan aku tuliskan ini.

aku jadi sebak. baru aku tahu kenapa adik aku yang bongsu sungguh sungguh tak nak keluar belajar jauh jauh. sejak masuk alam spm dia selalu cakap macam tu. akhirnya, Allah tunaikan hasrat dia even aku kakak dia tak berapa nak setuju.

rupanya, inilah dia. bila semua orang dah pergi sana sini dan cuma tinggal emak ayah aku, ada dia yang jadi peneman.

sejak aku bertukar kerja ke negeri sendiri dan selalu pulang ke rumah di hujung minggu, baru aku tahu rasanya seperti apa.

sama macam yang ustazah cerita minggu minggu yang lepas.

"kadang kita payah nak nampak apa hikmahnya Allah jadikan kita begitu dan begini. 

contoh, dalam satu keluarga semua adik beradiknya jadi orang berjaya cuma tinggal dia yang lembab dan tak belajar tinggi. emaknya menyesal sebab dia merasakan yang seorang itu ibarat telah merosakkan status kejayaannya mendidik anak anak. dia mahu semua anaknya berjaya belajar tinggi tinggi kerja bagus bagus. tapi yang seorang itu, cuma mampu bekerja di kampung.

tapi bila emaknya sudah berumur semua anaknya sudah pergi jauh jauh, tinggal yang seorang itu menjaga makan minumnya. selalu berkunjung ke rumah menemannya. sebab cuma yang itu bila dah berkeluarga sendiri tinggal berhampiran dengannya.

waktu itu, baru emaknya sedar kembali. rupanya, yang selalu dia kesalkan itulah yang ada untuknya bila dia memerlukan.

bukan lagi duit yang banyak di dalam bank setiap bulan yang anak anaknya masukkan yang dia harapkan di waktu itu tapi dia mahu bila dia memerlukan anak anaknya, mereka ada.

airmatanya, jatuh."

kisah ni aku ingat sebab ianya sangat mendalam dan terima kaseh kepada si penulis blog yang membuat aku jadi sentap sendirian.


tengahari, dua mac. post ketiga untuk hari ini dan aku rasa cukuplah setakat ini.

pasal baju (je).

saja nak gak tulis sini. hari ni aku pakai jubah baru beli hujung minggu hari tu dekat mydin (je) dan sebenarnya aku lupa bila kali terakhir aku beli baju untuk diri sendiri.

begitu.

aku banyak pakai baju ulang kali sebab yang itu je aku selesa nak pakai atau mungkin entah baju aku yang ada tak banyak. tapi itulah, orang perempuan kalau cakap baju tak banyak ni menipu sebab cuba cek almari baju dia, melambak.

sebab aku jenis payah nak berkenan dengan baju selain baju kurung, jadinya memang aku akan jarang belikan baju baru. atau kalaupun aku berkenan, tidak punya saiz. gemok. lol

mudah maintenance, untung bakal suami. *gelak*


tengahari, dua mac.

kadang kita akan jumpa sesuatu yang mengundang airmata cuma dengan membaca.

aku suka klik blog di blog orang lain. secara rambang. kalau aku berkenan, aku akan baca post post di blog berkenaan.

dan pagi ini entah kenapa, tiba tiba mata aku bergenang diam di satu blog. penulisannya tidak terlalu istimewa tapi ianya terasa ke hati aku. terasa ibarat mencucuk cucuk tajam.


"Sebelum ni, kalau mak abah nak makan tapi masa tu aku tengah kenyang, aku cuma sediakan makanan dan pegi tengok tivi semula. Tapi bila aku nak makan, kenyang mana pun mak, mak tetap datang temankan aku makan. Celaka bergenang pula air mata ni.

Aku pun tak tau apa benda aku nak sampaikan sebenarnya dalam entri ni. Tapi satu perkara yang sekarang tengah meliar dalam kepala otak aku, selagi kita ada peluang untuk duduk, berborak, bercerita, bergelak ketawa dengan orang yang kita sayang, hargai la masa tu sebaik- baiknya. Tak rugi pun. Sikit pun tak rugi." 


lepas aku baca, aku jadi teringat ke mak. kadang kita ambil mudah hal hal kecil macam ni tapi sebenarnya membawa erti yang besar. semisalnya, membiar mak makan sendirian di dapur. padahal kita ada untuk temankan mak.

aku cuba dan mahu untuk jadi terbaik untuk mak sementara masih punya waktu beberapa bulan yang tinggal tapi kadang aku juga tersasar jauh. walau sudah mencuba sedayanya. untuk hal hal seperti ini, kadang aku merasa derhaka. 

Allahu. T___T

izinkan kami ya Tuhan, untuk terus berjasa kepada kedua orang tua kami.


tengahari, dua mac.

menuju.

menuju enampuluhsatu 
dan aku tak pasti aku sedang rasa apa.

dan sebenarnya, apa yang perlu aku rasa?

rabbi yassir
wala tu'assir
rabbi tammim
bi khair.


sore, satu mac.

Saturday, February 28, 2015

sembilan. (barakah)

Hari itu, Uqail bin Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu menikah. Di tengah kebahagiaannya, ia merasakan kegundahan saat mendengar tamu mendoakannya dengan mengucapkan
بِالرَّفَاءِ وَ الْبَنِيْن
“semoga bahagia dan banyak anak”
Tak mau berlarut-larut dalam kegundahan dan demi meluruskan kekeliruan, Uqail pun mengatakan kepada tamu tersebut: “Janganlah kamu mendoakan demikian karena Rasulullah telah melarangnya.”
“Lalu, aku harus mendoakan bagaimana?”
“Ucapkanlah doa yang diajarkan Rasulullah:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
‘Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan’

Wednesday, February 25, 2015

"jangan kita sibuk mengejar dunia sampai kita lupa untuk mengejar akhirat."

sejak kebelakangan ini, aku sedikit sibuk dengan hal hal kerja tapi indahnya, tazkirah zohor oleh ustazah yang aku makin menchentainya ada menyatakan ini,

"jangan kita sibuk mengejar dunia sampai kita lupa untuk mengejar akhirat."

sejujurnya, bila aku sedikit lambat tersebab leka di tempat duduk untuk menuju ke surau dan terlepas untuk orang orang yang sudah menghadap ustazah waktu ustazah melangkah masuk, ada kekesalan yang bertamu ke hati padahal sudah berkali kali ustazah mengingatkan.

"tidak ada kerugian sedikit pun meluangkan waktu untuk hadir ke majelis ilmu. kalau bukan waktu ini kita gunakan untuk menimbanya, bila lagi waktunya?"

aku menemukan rumus baru untuk tidak lagi tersengguk sengguk waktu ustazah memberikan taujihnya. diam diam aku membawa 'teman baru' aku bersama. aku suka baunya. sangat harum. sesekali waktu aku berjalan sambil memegangnya, aku sengaja mendekatkan ke muka dan menghidu aromanya. sangat indah.

di dalamnya, aku mencatat apa yang aku kira sangat penting yang aku mahu bila aku buka dan akan mengingatkan aku kembali tentang hal yang aku pernah dengar di situ.

alhasilnya, syukur sejak itu aku tidak lagi tersengguk. oh sekejap, ada. cuma sekali!


tengahari, duapuluhenam februari.

lapan. (nafsu)

Harus juga kita tidak lupa kepada kisah yang pernah dinukilkan oleh Maulana Jalaluddin al-Rumi tentang kisah seorang penangkap ular. Di satu musim sejuk, penangkap ular itu memanjat gunung untuk mencari buruannya. Beliau terjumpa dengan banyak ular yang seperti mati dek cuaca yang sejuk. Ular-ular yang berhibernasi itu ditangkap dengan mudah, dimasukkan ke karung dan dibawa turun ke pasar.

Penangkap ular itu mahu menunjukkan kepada orang ramai kepakaran dirinya menangkap pelbagai jenis ular.

Semasa tiba di pasar, tatkala mentari yang bersinar dengan sedikit kepanasan haba yang datang, ular-ular yang tadinya beku seakan mati, hidup, liar dan bertempiaran lari meninggalkan penangkap ular dan menimbulkan ketakutan setiap mereka yang berada di situ.

“Demikianlah nafsu kita. Dengan didikan, ia menjadi jinak, lumpuh, malah membeku. Seperti ular itu tadi. Tetapi nantikan nafsu itu terkena sedikit tempias keenakan dosa dan nikmat dunia, bisa sahaja ia menjadi seperti ular berkenaan” nasihat Maulana Jalaluddin al-Rumi.

sumber 

Sunday, February 22, 2015

tujuh. (diari)

“Seketika saya teringat dengan buku diary yang waktu itu hampir tiap hari saya tulis. 

Bagi saya, mencurahkan perasaan ke dalam buku harian sangat berguna, karena dapat membantu saya melalui masa-masa sulit, pada saat sedih, merasa tidak dicintai, merasa tidak diakui, atau saat saya merasa bodoh, sementara nggak ada seorang pun yang mau mendengarkan. 

Saya bisa menuliskan marah, harapan, ketakutan, kecemburuan dan lain-lain. Buku itu juga menjadi tempat yang strategis untuk menuangkan gagasan, cerita pendek, atau puisi, juga menyimpan khayalan tentang kesuksesan, kekayaan, dan cinta.


Intinya, menulis diary adalah cara saya berteriak tanpa harus membangunkan orang-orang di sekitar, juga cara untuk membangun ketabahan untuk terus maju dan berkembang.” 

― Nailal FahmiMenulis Cinta dan Keyakinan

Tuesday, February 17, 2015

"bakal zauj ikhwah ke tak?"

zauj ikhwah atau bukan ikhwah.

selalu bila akhawat dah berwalimah akan ada yang suka mahu tahu yang bahwasanya zauj nya ikhwah atau bukan. entahla, mungkin masing masing akan punya pendirian atau pandangan sendiri dan bagi aku, ikhwah atau orang orang biasa bukanlah hal yang paling utama.

lebih memandang bagaimana cara dia mendepani orang tuanya, agamanya, akhlaknya dan solatnya.

ada yang zauj nya ikhwah tapi dia sangat membatasi pergerakan zaujah nya. ada yang zauj nya bukan ikhwah tapi sangat menyokong zaujah nya dalam segala hal yang berkaitan dengan dakwah yang dilandasi zaujah nya.

aku tidak mahu berbicara panjang hal seperti ini sebab aku pun masih belum memasuki fasa tersebut. yang melaluinya lebih tahu dan yang belum, cuma memerhati kepada yang sudah.

pokoknya, ikhwah atau bukan ikhwah tapi sangat membantu perjalanan dakwah zaujah nya, itu rezki. semuanya datang dari Allah belaka.

kita, berusahalah menjaga diri sebaiknya dan berdoalah agar Allah memberi yang baik baik hendaknya.


tengahari, lapanbelas februari. esok cuti sampai ahad. saja nak gak tulis sini.

malu.

serius, aku paling gagal bila berbincang face to face dengan rakan sekerja lelaki yang macam umur sebaya ni.

rasa nak sembam muka dengan sesuatu. tak nak pandang muka kalau boleh. sebab segannya bukan kepalang.

hari tu umy pun ada share benda yang sama. lepas tu aku cakap ke dia (sama macam cakap ke diri sendiri),

"takpe. itu lebih baik kan dari Allah tarik rasa malu tu dari kita."

sama macam ni,

"kalau tidak ada lagi rasa malu, maka berbuatlah sesukamu."

minggu lepas masa tazkirah pagi di setiap khamis untuk kami punya department pun sama, berbicara tentang tajuk, malu.

"malu ada kaitannya dengan iman."

ada satu point penting tu tapi aku lupa ayat penuh dia apa. (em, ini kes tak bagi konsentrasi sepenuhnya la kan.)


tunggu nak balik, sore, tujuhbelas februari.

Sunday, February 15, 2015

chenta.

dalam hidup, (mesti) ada satu waktu kita pernah jatuh chenta. kita memilih dia untuk kita jatuh chenta sebab dia ada apa yang kita mahu. tapi mengerti hal chenta bukan cuma sebab paling kukuh mahukan dia untuk mengisi yang separuh kita lagi, akhirnya kita akur dengan aturan Tuhan dengan memberikan kita seseorang yang lain, yang kita tidak ada sedikit pun rasa chenta kepadanya.

chenta itu boleh dibentuk selepasnya, bukan?

-----

aku suka baca ini. tidak mahu meletakkan sebarang janji tapi sebolehnya mahu menjadi yang paling baik dalam mendasari hal hal baitulmuslim, nanti. semoga diizin Tuhan.

"A wife respects a man who loves her, and a husband loves a woman who respects him. This partnership is a two-way relationship, and it begins with you." -aimanazlan


tengahari, enambelas februari.

la tahzan.

tadi pagi, tengah memandu dengar pengisian dari ustaz hisham di ikim.fm. dia bercakap tentang satu ungkapan dari Rasulullah saw dan ungkapan tu dari salah satu ayat Attaubah.

Rasulullah saw bacakan ayat itu ke Abu Bakar waktu Abu Bakar tengah kesulitan, terus Abu Bakar merasa tenang mendengarkannya.

"la tahzan, innallaha ma'ana." -QS 9:40

untuk hal hal kebaikan, ustaz cakap bacakanlah ayat ini waktu kita terpalit kesulitan.


pagi, enambelas februari.

Saturday, February 14, 2015

"i learned it by trying it again, and again, and again."

pernah tak sebab terlalu marah, sampai ada tetes tetes air mata yang tumpah. tak tahu nak lepaskan marah yang terbuku dengan cara apa dan akhirnya cuma,

menangis.

-----

kata yasmin mogahed dalam bukunya,

"i learned it by trying it again, and again, and again." -pg. 16, reclaim your heart.

jadi, seharusnya aku tak boleh putus asa kan kalau cuma mencuba untuk beberapa kali tapi masih sama, gagalnya.

cuba lagi, syida. cuba.

-----

aku rindu kita yang dulu. lepas tu, aku marahkan diri sendiri. 

"kenapa terlalu suka mencipta momens kalau itu nanti yang akan menyakitkan diri sendiri?"

diam.


tengahari, limabelas februari.

teruntuk diri sendiri.

seperti selalu, hari ahad memang aku akan memandang skrin laptop tanpa ada sebarang perasaan.

berhujung minggu di kuantan, pahang dua hari berturut buat aku jadi sedikit culas mahu bangkit pagi ini. solat bersiap dan berkejar pula di atas jalan raya selama sejam setengah permanduan. kaki kanan aku sedikit lenguh. mungkin kesan dua hari menekan minyak dan brek tak henti. rasa agak penat.

padahal itu cuma baru sedikit kan. selepas ini, entah cabaran apa yang bakal aku hadapi. kalaulah yang ini aku tak mampu pun nak lalui, bagaimana agaknya untuk yang mendatang?

soalan ditanya, sendiri. harus menelannya, sedikit pahit. paksa.

------

aku makin bertambah chenta dengan pengisian ostajah di kuliah zohor setiap selasa hingga khamis. walaupun kadang aku sekejap mendengar dan selebihnya aku tersengguk sengguk, tapi masih mahu berada di situ. mahu merasa enaknya berada di bawah naungan para malaikat yang sayapnya entah selebar mana. tak terhitung.

ostajah selalu menekankan hal hal yang berkaitan dengan hidup seharian dan kesemuanya harus bersandarkan kepada Allah. setiap yang kita buat, kesemuanya tersebab kepada Allah. kesemuanya berkisar kepada Allah. 

kepada Allah.

------

mula membaca reclaim your heart, tulisan yasmin mogahed juga begitu. hal apa apa pun, letakkan Allah yang paling utama.

utama.


pagi, limabelas februari.

Wednesday, February 11, 2015

enam. (words)

“Sometimes you search so hard for words. You look for a way to interpret the language of this heart and the unspoken bond you feel. 

But in the end you are left with nothing but silence. And deep down you hope it’s understood.” 
― Yasmin Mogahed


Monday, February 9, 2015

magis tulisan.

entah magis apa yang ada pada tulisan sampai sampai,

dua jiwa yang jauh dapat berhubung
ada airmata yang tertitis saat membacakannya
memberi tenang rasa gelojak jiwa selepas menumpahkannya di ruang sembunyi
mencatat hal hal yang di kemudian hari akan dibelek kembali agar momen yang dirasa saat itu tak hilang ditelan masa
menemukan jiwa jiwa lain yang sangat indahnya
membuat rasa ghirah tika jiwa makin rapuh
menjadi antara jalan eskapism paling berjaya
dan
ada dua jiwa saling jatuh cinta.

semuanya cuma melalui, tulisan.


(tengahari, sepuluh februari.)

ilham diari.

berkali kali tiya tanyakan aku dah nonton belum the teacher's diary. tiya bagi link untuk download tapi aku tak dapat nak download. at last tiya bagi link youtube. itu pun aku payah juga nak buka tonton.

tapi akhirnya untuk tidak menghampakan tiya (kalau dia tanya soalan dah nonton ke belum), aku buka dan tontonnya dengan tenang. tapi sayangnya, dia tersekat padahal cerita tu dah nak sampai penghujung.

aku sambung pula kemudiannya pulak. tak dapat nak dinafikan cerita tu menyentuh hati juga. 

yang pertamanya tentang gigihnya seorang guru demi mendidik anak anak muridnya, walau sekolah di tengah sungai, terapung apung dan murid cuma enam tujuh orang. yang keduanya, bagaimana dua jiwa yang berlainan terhubung melalui satu diari. cuma melalui tulisan!

selepas berhubung sekejap dengan tiya, aku bagaikan mendapat ilham. lagi lagi bila tiya kasi aku gambar diarinya. aku bangkit dan tuju satu kotak buku yang ada di bilik sebelah. aku ambil satu buku yang telah dihadiahkan oleh orang-orang-yang-kita-suka, kulitnya kertas coklat. aku bau, kertasnya kuning. harum.

aku mula menulis di dalamnya. segala hal. lagi lagi untuk masa beberapa bulan awal tahun ini, aku sangat memerlukannya untuk mencatat apa apa yang penting dan perlu. harap istiqomah. 


(pagi, sepuluh februari.)

Sunday, February 8, 2015

ikut gerak hati.

tadi, tanya team-mate yang dekat sabah sana macammana nak cari unit no melalui drawing. lepas tu dia jawab,

"kau tengok drawing, then ikut gerak hati."

aku tak pasti nak gelak ke nak rasa, wow. 


(pagi, sembilan februari.)

sulit.

sebenarnya kadang,
aku buntu dengan apa yang aku mahu.

aku mahu move on tapi aku tak mahu
aku mahu melupakan tapi aku tak mahu
aku mahu melepaskan tapi aku tak mahu

betapa sulitnya merasa kondisi sepertinya.


(pagi, sembilan februari.)

Saturday, February 7, 2015

love.

mph, 2014.

buku jalanan.

singgah, 2014.


masih, wishlist.

setiap ahad.

kenapa setiap hari ahad selalu mood bekerja
ke laut?

tidak best.


(pagi, lapan februari)

lima. (friend)

“Only once in your life, I truly believe, you find someone who can completely turn your world around. You tell them things that you’ve never shared with another soul and they absorb everything you say and actually want to hear more. 

You share hopes for the future, dreams that will never come true, goals that were never achieved and the many disappointments life has thrown at you. When something wonderful happens, you can’t wait to tell them about it, knowing they will share in your excitement. They are not embarrassed to cry with you when you are hurting or laugh with you when you make a fool of yourself. Never do they hurt your feelings or make you feel like you are not good enough, but rather they build you up and show you the things about yourself that make you special and even beautiful. There is never any pressure, jealousy or competition but only a quiet calmness when they are around. You can be yourself and not worry about what they will think of you because they love you for who you are. 

The things that seem insignificant to most people such as a note, song or walk become invaluable treasures kept safe in your heart to cherish forever. Memories of your childhood come back and are so clear and vivid it’s like being young again. Colours seem brighter and more brilliant. Laughter seems part of daily life where before it was infrequent or didn’t exist at all. A phone call or two during the day helps to get you through a long day’s work and always brings a smile to your face. 

In their presence, there’s no need for continuous conversation, but you find you’re quite content in just having them nearby. Things that never interested you before become fascinating because you know they are important to this person who is so special to you. You think of this person on every occasion and in everything you do. Simple things bring them to mind like a pale blue sky, gentle wind or even a storm cloud on the horizon. 

You open your heart knowing that there’s a chance it may be broken one day and in opening your heart, you experience a love and joy that you never dreamed possible. You find that being vulnerable is the only way to allow your heart to feel true pleasure that’s so real it scares you. 

You find strength in knowing you have a true friend and possibly a soul mate who will remain loyal to the end. Life seems completely different, exciting and worthwhile. Your only hope and security is in knowing that they are a part of your life.” 
― Bob Marley

Wednesday, February 4, 2015

empat. (rezki)

"Menurut guru saya, yang disebut rezeki itu bukan soal jumlahnya tapi apakah ia mendatangkan kelapangan atau kesempitan bagi yang memilikinya. Lihat efeknya, apakah materi yang kita kumpulkan mendatangkan kebaikan bagi diri dan keluarga ataukah sebaliknya.
Ada manusia yang melilhat kehidupan duniawinya selalu sempit, sehingga berapapun yang dia peroleh tetap merasa kurang. Dia investasikan seluruh waktunya untuk pekerjaannya dan dia abaikan perhatian kepada anak-anak dengan harapan akan bisa menebusnya dengan jaminan masa depan. 

Padahal berapa banyak waktu yang kita berikan pada anak-anak untuk mendengarkan celoteh dan curhat mereka, maka waktu itulah yang akan anak-anak berikan pada diri kita saat sudah berusia senja."

sebab.


kangen.


tengahari, lima februari.

Tuesday, February 3, 2015

tiga.(orang-orang-yang-kita-suka)

"i like people who i can occasionally have really deep conversations with, and at the same time joke around with them."

"akak tau, pagi ni saya dengar ikim
pastu, dorang tengah sembang pasal depression, tension etc
pastu dj tu cakap, kita memang kena ada kawan rapat, yang bukan setakat karib tapi jujur. jujur tu maksudnya, dia akan simpan rahsia kita, sampai bila bila, dengan sangat amanah. pastu dia cakap lagi, itulah antara harta yang paling berharga dan tak ternilai kat dunia ni
and subhanallah, saya teringat akak jeee dlm keta tu 
cukuplah tak banyak kawan, tapi ada kawan yang memahami kita, dan layan je kita time down and up
tu memang harta yang tak ternilai, hmm hmm."
- dari orang-orang-yang-kita-suka :)